18 November 2012

Manufacturing (galenikal) department external..


           Well.. “welcome to one of the hell on the earth” sepatutnya dibuat banner n ditampal kat pintu masuk department nih. Nih merupakan department yang paling annoying n menyampah sekali aku pernah masuk setakat nih. Silap2 boleh termuntah segala lah. Banyak sangat drama (bukan dharmawijaya tuh) metropolitan dengan indon yang berlaku kat sini. Bila dah masuk dalam nih, aku pon terpaksa melakonkan satu karakter yang agak malang lah ala2 si Cinderella dengan mak tiri dia tuh. Pasal asyik kena buli buat keje yang banyak n non stop. Tak rehat sangat pon. Rehat tengahari jer ada.
          Atas keterdesakan nih semua, mulelah aku rasa nak memberontak. Lari sana sini. Buat keje ikut pace aku sendiri. Nak bagi tenangkan hati. Pepatah “all is well” dalam 3 idiots tuh memang tak boleh pakai langsung dah. Sebab banyak sangat konflik melanda diri. sampai department nih jer, memang pressure level tuh dah macam nak meletop2 kepala. Sebab marah ngan tension gila nakharom. Memang tak boleh control hape dah lah. Cuma satu jer perkara yang boleh mengingatkan aku supaya tak melawan cakap sangat. Tuh pon sebab nak mengelakkan markah jadi kosong. Alih2 terpaksa lah kenal perkataan “tabah” yang dah lama tak ada dalam kamus semenjak ketiadaan fast track (dah taknak ingat dah, tapi teringat jugak). Punyerla dasyat permulaan post nih haa. Serius gila pulak. Haha.
          Nak dimulakan cerita, pegawai yang memantau aku nih sangatlah problematic tahap tak sedar diri walaupon dia dah tua nak pencen dah. Dia punya perangai tuh memang tak masuk dik akalmu lah sebagai orang yang bekerja. Definisi bekerja bagi kepala hotak dia tuh lain macam. Senget ke hape entah. Dia punya keje tuh, bila dia buat mesti dia tinggalkan kat trainee suroh selesaikan. Masalahnya dia tak bagi tau apa benda prosedur segala pon. Memang terkontang – kanting lah jawabnya si trainee. Buat benda bertimbun sorang2. Bukak botol, isi botol, tampal label, tutop botol, tampal tarikh luput, letak ubat kat rak semuanya aku buat sorang. Memang gila lah kan. Dah tuh dia pulak pegi lari. Pegi duduk pantry, cakap ada keje lain lah nak buat, duduk bersembang lah n buat keje nak carik nama. Keje yang dia patut kena buat or ajar dia suroh trainee. Macam ada orang cakap “keje dia nak membesarkan bont*t dia jer”. Masalah betol orang camnih..

            Bukannya dia nak tolong apa pon. Bila dia datang pon time semua benda alah tuh dah siap. Mulelah dia komen segala macam kalau ada silap. Time orang tengah buat tak jenguk langsung pon. Macam tak nampak jer. Malas nak mampos lak haa. Orang tua “pendek” nih kan.. dah tuh bila orang bawahan dia pembantu tuh datang kerja lambat mulelah dia bukak ceramah pasal halal haram gaji dia. Tak diterima tuhan lah. Padahal, dia punya kerja tuh pon tak tentu lagi diterima. Dasar tak sodar diri nak mampuih. Puii. Haha. Kalau sehari takde dia, memang confirm lah rasa macam kat paradise. Heaven jer. Tenang, tenteram aman damai n segala perkataan yang menyenangkan boleh aku deskripsikan kat sini. Panjang list dia. Aku harap orang berperangai merepek macam nih sikit jer yang ada kat bumi nih. Kalau ada pon, aku beristighfar jer lah banyak2 supaya tak jumpa dah. Cukuplah tuh..
             Cerita pasal si pembantu dia pulak pon problematic jugak. Masalahnya dia punya mulut tuh taknak berhenti langsung. Keje nak pokpek2 jer 24/7. Ada jer lah topik or hikayat yang dia nak rungkaikan. Memang layak sangaaat lah masuk pertandingan bercerita pasal kancil ngan buaya sampai level antara planet. Wakil planet bumi pon boleh. Tak pernahnya sembang dia nak habis. Dah beribu – raban hikayat dia aku dengar sepanjang dok situ. Berasap jugak lah telinga sampai boleh terbakar. Dia nih pon satu, orang tak layan n jelas terang lagi nyata crystal clear segala taknak dengar pon dia cakap apa2 dia cakap jugak tak berenti. Rasa2 aku malam2 lepas balik keje tuh dia penat pon sebab banyak cakap jer. Takdenya penat buat kerja. Mustahil sangat.. dah sepesen ngan bos dia, pon keje nak lari jugak. Tolong trainee pon sikit jer. Asal mengarah jer banyak. Siap cakap dia punya cara tuh lagi bagos dari bos dia ajar. Pastuh bila orang tak ikut cakap dia lagilah jadik modal dia nak bercakap sambil kutuk2 bos dia n salahkan si trainee. Boleh gelak2 lagi kat trainee. Nampak sangat macam tak cukup kasih saying jer gayanya. Kesiann..

              Dah tuh pulak dia nih segala benda yang orang tau buat dia cakap dia tau. Bajet hebat sungguh. Benda yang rosak sikit dia repair jadik rosak banyak. Pastuh pulak dia lari taknak kena bahan. Haihh. Malas sebenarnya nak masuk campur ngan orang suka tunjuk hebat nih. Tapi terpaksa memekakkan telinga n buat tak dengar or tak tau bila dia bercakap sebab dia buat keje dekat sangat dengan tempat trainee. Terok punye level tuh memang tak boleh nak sukat apa dah. Surrender je lah. orang macam nih pon ada kat muka bumi eh. Nightmare weh. Tuh tak cerita lagi dengan geng2 makcik tua kat belakang tuh yang terlibat buat krim, powder n ubat internal. Macam2 drama sebabak ada kat belakang tuh. Banyak bergadoh, mengumpat, bercakaran sesama sendiri. Macam budak2 tadika lah. menyampah habis. Memang semuanya bermuka-muka habis termasuk aku. Makcik2 nih karang kalau kita muka masam karang susah pulak nak praktikal kat situ. Yer lah kan, tempat diorang.
nih ubat batuk pahit nak mampuih tuh. 
 














   


                 Bukan tuh jer, pegawai kat situ pon agak problem jugak. Memang bila dah jadik pegawai nih perangai diktator n tak dengar cakap orang tuh wujud eh? Sebagai trainee pon aku da menyampah. Tak taulah orang2 bawahan dia camane. Problem dia nih, mudah sangat terpengaruh dengan sembang si “pendek” n makcik2 belakang tuh. Memang kat mana2 dalam dunia nih kaki bodek sentiasa wujud tak kira apa zaman sekalipon. Nak mulut manis memanjang n bajet baik boleh buat orang menyampah kot. tolonglah.. yang si pegawai nih pon satu, dah macam takde pegangan or pendirian sendiri jer. Benda2 yang orang cakap kenalah siasat sendiri dulu barulah terima. Ini tak, orang cakap Z dia pon terus terima. parahler haa.. walaupon usia tuh maseh muda, kredibiliti sebagai pegawai tuh dah tercalar lah bila sikap macamtuh ditunjukkan. Orang2 kat sini memang boleh buat darah tinggi n heart attack jer. Takdela sampai stress tuh menggunung jer bila masuk department tuh. Hell department aku kata tempat nih. Tak caya? Dok sehari pon boleh rasa tekanan darah tuh mencanak naik. Tak tipu punyer. THE END.
p/s: even dekat dept internal pon rasa pressure. Sebab penolong pegawai yang bagi markah tuh suka gelakkan orang. Memang tak boleh buat silap. Silap sikit nanti dia cerita kat semua orang. Terok2 jer orang kat sini.. Assalam.