18 November 2012

Hari khamis..


          Post blog aku nih banyak sangat pasal benda alah praktikal. Well, apabila praktikalien (alien apa pon aku tak tau) bukak cerita sembang dia camnilah jadiknya. Nih ada lagi benda berkait ngan praktikal jugak. Hari khamis as korang semua tahu merupakan hari pakai baju batik segala kan. Nak dipendekkan cerita, hari khamis paling syiok. Sebab apa? Sebab dapat usha girls2 chinese pakai baju kurung. Hari nih jer lah pon dalam seminggu yang happiness level aku sampai ke peak dia. Tapi takdela sampai muka blushing2 bagai. Tuh over sangat suda.
           Yer lah kan. Guys memang camtuh. Sampai ada member perempuan aku cakap yang “mata si lelaki nih mana boleh nak percaya. Ke mana2 jer dia melilau.” Haa. Kemainn dia. Cakap takde insurans jer kan. Although apa yang dia cakap tuh straight to the heart or explanation dalam bahasa melayunyer kena kat batang hidong mancung aku sendiri, terpaksa aku nafikan sehabis keras. Biasalah kan. Guys dengan diorang punya ego. Haha. Mana boleh dipersalahkan. Tercalar maruah nanti haa. Lelaki memang diciptakan begitu sejak azali yer. Bukan 100% salah kami sebab semuanya dalam genetik. Gaya defense tak konfiden habis.
            Lelaki kalau nak dihujahkan kat sini most of the things in their head is that semuanya pasal perempuan, perempuan dan perempondan perempuan. Kan2? Brader kat sebelah aku nih pon dah geleng kepala. Taknak mengaku. Cehh.. siku jugak karang. Nasiblah perempuan bukan macam lelaki yang agak kuat mengusha nih. Takot jugak kalau perempuan mata dia melilau bila tengok lelaki. Rasa “terancam” gitu. Hahaha. Takot kena terkam jer karang. tak pasal2 kawin free. Eh. Apa aku cakap nih? Gilo. Nampak sangat dah cukup syarat boleh kahwin. Hmmm.
            Tapi….. usha sikit2 takpe kan. Dalam islam kata kalau sekali pandang takpe kan? Dah tuh usha ler lama2 dalam sekali tuh. Usha banyak kali karang da jadik dosa kering pulak. Haha. Dah macam bagi tips pulak. Huishh. dosa2. astaghfirullah. So, semuanya terpulang kepada kehendak individu eh. Aku cuma nak cerita perasaan aku jer. Seronok tengok girls chinese pakai baju kurung tuh. Benda rare pulak kan. Lagi2 bila mereka pakai baju kebaya. Usah aku nak cakap panjang betapa gumbirenya hati sanubari nurani aku nih. Mengucap panjang lagi ada. malu dah i.. haha
p/s: actually benda alah p/s nih hape eh? Premenstrual syndrome ker? Aku selamba jer pakai tak tau maksud. Haha. Assalam.