18 November 2012

Cuti sem..


           Haaa.. pasal cuti midsem yang lebih kurang dua minggu nih macam2 benda aku nak sembang kat sini. One of it is that for the first week aku punyer cuti, tiga hari terpaksa aku gunakan untuk ganti balik cuti hari raya aku kat tdm. Memang rasa nak mengamuk jugak lah sebab sepatutnye takyah ganti2 nih semua. Tapi disebabkan head pharmacist kat tdm tuh kepala dia keras macam diamond iaitu lagu si rihanna tuh n dah tak boleh nak didebate hape dah terpaksa gak aku ganti. Nih pon semua disebabkan ketedersakan nak cuti time raya tuh. Haa. Last2 dah makan diri. Haiyoo. Gila punya olang..
           Nak cerita panjangnya time ganti kat tdm tuh nasib baik ada geng nak dibuat bergurau senda. Hilanglah sikit kebosanan yang melanda diri nih. Lonely kat tdm sangaaatlah boring. Dapat pulak si budak prempuan kkm yang boleh dibawak kacau lagilah hati gumbire memanjang jer kat situ. Alah, si atiqah kat post dulu2 tuh. Tak habis2 ngan dia kann. Entah pape jer. Seperti biasa, gejala seniority mulelah berlaku. Well, perangai orang2 lama memang susah nak dibawak berubah. Apelagi bila si juniornya tukang nak melawan cakap jer. Semua benda yang aku ajar n suroh dia hingat merupakan sesi membuli. Macam gadoh2 adik abang punya pesen tuh. Camtuler nak dijadikan cerita. I loikke.. haha
           Dah, pasnih benda alah tdm tuh aku malas nak ada kaitan. No more kay! Haha. Gaya cam girls2 gedik kat kl pulak. Oooopss.. Over memanjang. yang pasal cuti sem nih aku dapat cukupkan 2 minggu pon atas dasar usaha yang tak kenal penat lelah bertungkus lumus memintak cuti dari department lain. Cuti selama 3 hari pulak aku mintak. Well, nak ganti balik cuti tdm yang telah terpakai tuh. Buat membazir je lah kan kalau tak cuti. Lagipon ada pegawai tuh kecoh dia cakap “yang awak nak simpan cuti banyak2 tuh nak buat hape?”.  As a result, time tuh jugak lah aku mintak cuti. Suka suki jer aku kan nak cuti. Persoalannnya, kisah pulak?
cuti nih ada pegi H&M. kau hado?? haha

           Benda yang aku nak ceriterakan kat sini ialah bila aku nak mintak cuti tuh terpaksa pulak berdebate dengan pegawai farmasi. Cehh. Punyerlah lama aku berdebate dengan penuh tawaduk ngan istiqomahnye sambil menghuraikan segala isi2 yang aku karang. Siap ada pembuka ngan penutup sekali haaa. Kemainn kan… muke aku kalau korang tengok masa tuh memang muka mengharap habis lah. Orang kata gaya boleh nangis lah kalau tak dapat cuti. Eh… silap. gaya macam kucing yang mata besar ala2 bola snooker tuh siap efek berair2 lagi. Haha.
          Cube korang pikir, betapa desperatenya hospital sekian sekian sekian nih memerlukan kehadiran trainee kat department diorang. Nak mintak cuti pon payah nak bagi. Pasal apa? Pasal diorang nak rasa seronok bila buat keje. Boleh suroh buat segala benda itu ini. Ada kerja yang tak siap lagi dah bagi keje lain awal2. Siap keje tuh boleh bersusun lah kan. Yang penting kena siapkan pada masa yang diorang nak. Kalau tak, senang jer jawapannya. Apa dia? Jawapannya kuranglah markah dalam logbook. Hmmm. Lagipon, if ada silap mana2, trainee pon boleh dipersalahkan sewenang-wenangnya. Biasalah. Budak praktikal or kuli. Lumrah hidup. Redha je lah haa. Haihhh.
 p/s: cuti nih buat hati saya tenang n tenteram jer. Assalam.