17 April 2013

tak matured..

pagi harituh time aku tengah dok busy beratur nak pergi pos surat segala aku terserempak dengan seorang pakcik. aku ingat harituh macam hari2 yang biasa sebelumnya boring, dull dan takde seronok sangat tapi aku silap. dalam tengah dok termenung masa depan tuh that pakcik pandang ke aku...

*****
pakcik: *pandang aku 3 ke 4 kali
aku: *senyum seikhlas hati and pelik sekejap

then

pakcik: eh dik.. lama aku tengok kau dah nih. kau nih tak sekolah ker?
aku: *tergelak tapi cover
pakcik: kau nih sekarang tingkatan berapa? sekolah mana?
aku: ermm.. *senyum
pakcik: *still tunggu jawapan
aku: saya dah habis diploma dah pakcik. baru jer bulan lepas. *konfiden jer cakap macam perli
pakcik: haaa? ohhhh..
aku: sekarang saya tengah cuti. tunggu nak masuk degree. *senyum + gelak dalam hati
pakcik: *tak pandang aku dah. diam terus..

*****

hahahaha. this pakcik made my day surely. tak tahan gila bila dia tanya aku nih tingkatan berapa. haha. berguling2 aku nak gelak kat situ sebenarnya tapi tahan. but still rasa macam annoyed last2. muka aku nih tak matang langsung ke haa? ada sapa2 boleh jawab? haha. cehhh. aku tak rasa pakcik tuh sorang jer pikir macam tuh. ada kawan aku sorang pernah cakap muka aku nih langsung tak matured. aduhhh. sedih jugak sebenarnya. tapi takdelah baby face kan? normal jer aku tengok cermin. muka ada masa depan lah jugak. haha. poyoss overdose.

assalamualaikum.

Diploma farmasi dah habis!


Weehoo… aku tak dapat nak ungkapkan dengan kata2 segala perasaan dan feeling bagi orang yang dah habis diploma macam aku nih. Boleh berjoget rasanya. Macam2 benda berlaku dalam tiga tahun aku ambil diploma kat Penang nih. Start dari kat Permatang Pauh sampailah bertukar ke kampus kat Bertam dah berjuta-juta memori berjaya dilalui. Boleh lap peluh dah ceritanya sekarang hasil belajar dan menghafal macam nak gila subjek farmasi nokhorom tersebut.



Kemain belambak pulak tuh kenangan yang ada dengan bebudak secourse mate. Diorang semua amazing dalam cara yang tersendiri dan bangga aku salah seorang daripada diorang. Bermula dari aku takde blog sampailah ke post yang seratus lebih sikit nih yang mostly pasal diploma aku jer. Start dari first sem yang bermula dengan kelas BEL120 oleh Mr Fazrul yang aku setting kat budak2 tuh semua supaya panggil aku ‘Raen’. Cakap pasal tuh masa mula2 semuanya macam “haa? Rain? Okay?!” walaupun nampak macam semua masih tak boleh terima. Finally aku berjaya jugak menanam nama raen tuh dalam minda diorang semua. Sebenarnya saja nak guna nama nazrin tuh yang masa dulu aku menyampah gila kalau orang panggil sampai rasa nak lempang. Tapi kalau cikgu takdelah macam tuh. Well, cikgu kann. Thanks to fida lah, dia yang perkenalkan aku as Raen kat diorang semua bebudak kelas A.

Pasal bebudak kelas A pulak aku boleh cakap mula2 semua nampak baik or macam biasa2 jer tapi lama2 haa terkejut aku. Gila2 rupenyer diorang semua nih. Cakap pasal bebudak Sarawak tiga orang tuh dulu memang aku rasakan top 3 lawa lah kot. Bukan hape aku tak pernah tengok budak perempuan Sarawakian. Nak buat camane kan? Lama2 nampak biasa jer pulak. Entahlah.. Mula2 pon aku nampak si Ayu tuh memang sesuai macam nama dia sampailah dah nak abis sem 1 tuh. Habis terbongkar segala perangai dan tingkahlaku sebenar beliau. Huh! Macam jenis ganas2 jer rupenyer.

Walaupun aku hanya memerhati dari belakang kelas aku perasan lah yang those girls dalam kelas A tuh sebenarnya ada semangat assabiyah memasing means macam ada puak2 or geng2 sendiri. Lantak korang lah kan. Semua dah besar pon. Dan aku nak cakap sebelum aku masuk univeristi tuh memang berat aku naik sampai 15kg semuanya sebab overeating dalam masa cuti 6 bulan tuh. Memang gemok kemainnn sampai malu tengok cermin. Langsung tak control hape sebab takde pressure pun nak pakai smart2 depan budak perempuan or anything. Memang sem 1 aku betul2 tak peduli orang kata. Tapi lepastuh haa entah kenapa risau pulak pasal pemakaian segala. Dah matured sikit lah kot. kot..

Bukan nak cakap apa, ada bebudak yang aku dok usha jugak masa masuk2 universiti tuh. Penat jugaklah mengusha nih rupenyer. Banyaklah yang lawa2 dan sedap mata memandang. Tapi kalau nak cakap pasal sekarang banyak yang dah macam mak orang. Huh! Matang gila! Potong mood nak usha.. haha. Asal cepat sangat korang matang haa? Tunggulah degree nanti kot ye pon. Releks2lah dulu nak growing pon. Hehe. Aku tak cakap korang gemok mok mok atau tembam atau montel ker hape. Jangan salah faham. Cuma nampak sangat macam diploma nih berjaya mematangkan korang. Aku nih pulak still nampak macam budak2 lagi dengan muka sebegini. Tapi deep down dalam akal dan hati semuanya dah beransur menjadi lebih matured tanpa disedari. Kahkahkah.. poyo…



Banyak persahabatan yang terbina sejak dari sem 1 sampai ke sem 6. Kalau dulu aku memang rapat dengan si Dahiyah, Aziyana dan si Bob. Memang rapat kamcing segala lah kan. Tapi masa berubah dan semakin lama semakin kurang rapat sampai awkward nak tegur si choki2 (Azi) n si pelik2 (Dahiyah) tuh. Camna pon itulah lumrah hidup as manusia datang dan pergi dalam hidup kita dan yang penting kita enjoy. Btw, aku sukakan perubahan for those girls yang dulu free-hair tuh sampai dah bertudung skarang nih. Malah ada yang bertudung lagi labuh dari orang yang dah bertudung sebelumnya serta tutup dada segala. Bagi aku as lelaki, bahagian dada tuh memang patut ditutup. Itu memang compulsory dan sangat2 perlu. Bersyukurlah kan sebab Tuhan bagi hidayah supaya tutup aurat dan semoga korang beristiqamah sampai ke akhir hayat. Amiiin. Proud of you girls! :)



Mula dari sem 1 aku memang agak pelik dengan suasana yang rapat sangat dengan budak perempuan nih. Rasa rimas pun ada kadang2 sebab tak terbiasa. Lagi2 pulak bila jumlah coursemate perempuan tuh lagi ramai dari lelaki. Culture shock aku haa.. budak baik macam aku nih memang tak bergaul dengan perempuan sangat. Bajet menjaga batas pergaulan lah kekonon kann. Haha. Tapi aku nak cerita yang fida n the geng konsisten dalam mengacau aku. Ada sikit rasa happy jugak kena kacau2. haha. Rasa2 aku masa sem 1 still tembam2 montelness lagi. Tak taulah kenapa haa. Dah la si filza siap cakap “Raen, bibir kau seksi!”. Hahaha. Nak tergelak berguling2 aku masa tuh punyerlah terkejut. Gila! Nasiblah time tuh kat dalam bilik komputer atas bookshop uitm penang tuh. Haha.

Aku boleh cakap ramai girls kelas A nih yang start conversation mula2 dengan aku tapi aku layan nak tak nak jer. Memang sempoi diorang semua nih. Tapi mostly budak kelas A1 lah yang tegur iaitu kelas aku. Bukan hape. Aku tak biasa weh. Segan2 pon ada lagi dengan kaum hawa nih. Tapi tuh dulu dan skarang ada sedikit perubahan dalam pergaulan sehari2. Hehe. Kalau nak tawu budak prempuan first yang aku tegur tuh apalagi kalau bukan si Afiqah. Ada pulak orang salah faham aku minat kat dia sebab pernah Mr Fazrul tanya dalam kelas “ada sapa2 girl yang awak minat?” or camtu if tak silap dan aku jawab nama afiqah. Kecoh sekejap kelas masa tuh. Padahal aku cakap pasal crush aku dulu2. Hadoiii. Lagipun si Minah cousin aku tuh yang kenalkan siap kasi nombor lagi. Terkejut aku. Haha. Dunia nih gila kadang2.

Cakap pasal girls kelas A2 aku macam tak berapa tegur sangat sebab nampak macam high class kemain jer diorang semua. Ala2 gaya datin cerita drama spa Q tuh. Sebagai rakyat jelata aku memang tak berani nak tegur pesen girls datin2 nih sebab takut kena carass. Hahahaha. Padahal term caras tuh term baru 2012 if tak silap. Kemain aku nih bercakap tak cover macam takde insurans gayanya. Haha. Well blog aku weh. Kalau pasal bebudak lelaki pulak dengan budak kelas A memang aku rapat habis lah start dari mula. Takde pun drama2 sebabak dengan diorang semua. Chillax jer. Tapi dengan budak kelas lain tak berapa nak rapat sebab masing2 macam ada restrictions masing2 bila dalam kelas diorang. Macam kalau satu kelas tuh satu pesen jer bebudak dia semua. Sangat pelik sebenarnya. Sampai lah ke sem 3 dan 4 barulah ukhuwah sesame budak sebatch semua baru nak nampak. Kalau tak sebelum nih macam “aca-awkward!” jer dengan mereka2 nih. Haha. Alhamdulillah.



Lastly, ada jugak persahabatan yang macam baru nak start. Macam aku dengan si hannah, nogee n lain2 tuh haa. Dulu mana ada nak pandang or jeling2 apatah lagi nak sembang lebat. Tapi disebabkan kewujudan twitter dan fb memang aku tak nafikan banyak jugak bebudak lain yang boleh aku sembang sekali walaupun hanya kat alam maya. Tapi still ada jugak girls2 farmasi sendiri yang tak kenal aku padahal penat aku senyum sedekah amal jariah kat diorang. Haihh. “eh, itu sape tuh?” pastuh nasib baik ada budak sebelah tolong cakap “nazrin lah”. sejuk telinga aku mendengar. Hihi.. Cukuplah tuh kan. Bersyukur je lah dengan apa yang berlaku dalam hidup nih. Btw praktikal memang tak best. Aku tak minat sesaat pon sebab macam terpaksa nak ikut telunjuk orang semua tetiba. Dahlah masing2 dengan perangai bengong masing2 yang memang teruk. Aku tak boleh nak cerita apa pasal kegembiraan aku habis diploma nih semua. Sangat best!! Rasa macam kalau jerit sepanjang cuti 6 bulan nih pon macam tak cukup. Sebab macam2 dugaan ada berlaku secara tiba2 dan mengejutkan. Pharmacy student batch 2010 you all rocks!!! Apalagi harlem shake la woiii.. yang nak sangat join tuh jom. hahaha. Assalamualaikum..


9 April 2013

taksub..


untuk cuti sebelom masuk degree nih ada bermacam2 benda plan nak buat. tapi penyudahnya semua entah dah kemana. last2 dok rumah menghadap cerita astro yang dah berkali2 ulang. membazir masa muda remaja  sahaja. but then, dalam kebosanan yang sangat2 tuh keluar pulak kat wayang cerita 'The Host' yang adapted dari novel tulisan si Stephenie Meyer.

bukan pasal si Stephenie Meyer yang aku nak habaq kat sini. but pasal lead actress movie tuh yang namanya Saoirse Ronan. taksub betul aku kat dia sebab dia punya acting, style dan of courselah sebab dia cantik semacam. hehe. as the term cantik tuh subjektif dan dependant kat si empunya mata then tak payah aku nak cerita panjang lah. 

in love with her.. hihi


and atas sebab ketaksuban tersebut aku pun belilah buku 'the host' yang sekarang nih tengah dok kat no 1 carta "bestsellers". takdelah masuk2 mph jer terus nampak kat depan mata. huh! nasib baik still ada walaupun aku rembat buku yang letak kat tempat untuk dipamerkan jer tuh. Mission Accomplished! woohooo.. so, cuti nih dihabiskan dengan membaca novel tersebut lah jawabnya. hihi. Assalamualaikum.

p/s: the term "beli" macam tak berapa nak sesuai sebenarnya sebab aku pakai baucar buku or BB1M tuh. hehe. serius berbaloi dan menjimatkan. xoxo. hahaha. 

6 April 2013

jiwang..

just nak cakap semenjak bermulanya cuti selepas aku habis diploma segala nih entah kenapa aku layan pulak cerita jiwang2 karat nih. seriusly aku sendiri pon dah tak paham dengan diri sendiri. bukannya layan cerita jiwang drama kpop semua tuh tapi movie english yang rata2 pasal relationship. layan pulak kat astro jer pon. haihhh. dunia dah terbalik agaknya. maybe otak aku pikir ini masa sesuai untuk belajar ilmu2 or skil mencuri hati para gadis lah kot. haha. or maybe.. hmm. cannot be cannot be.. tapi awal lagi kalau dah nak start pikir kawin. awal lagi.. umur sekarang nih nak mengundi pon tak layak lagi. punyerlah muda remaja. hihi. assalamualaikum.

p/s: penangan dok rumah tanpa tujuan nih bahaya betoii. haru2..  

25 March 2013

penang presentation!

         first thing first, harituh memang hari yang dah lama aku nanti2kan sejak start semester terakhir sem 6 tuh. aku pon tak rasa aku sorang jer yang pikir macam tuh sebab bebudak pharmacy lain yang sebatch dah plan memacam nak buat setibanya kat sana. siap dah simpan duit kemain lama lagi so that kat penang tuh nanti semuanya berjalan lancar tanpa pape halangan dan masalah. prepared for the worst i guess.

and... sebelomnya tiba minggu nak ke penang tuh aku dah mintak cuti dua minggu lebih awal sebab taknak ada masalah last minute muncul. karang potong mood semua pulak kan. susah nanti.. orang hebat memang slalu pikir jauh ye idak. haha. sebelom pegi Penang tuh jugak ada lah pening kepala sikit time present nanti nak pakai baju ke hape. ye lah nak menjamu puluhan mata gadis2 dengan usaha yang terbaik lah ceritanya. kemainn perasan hot.



setelah bermacam plan dibuat ada jugak yang tak berjaya. so terpaksalah kembali ke plan asal pakai baju biasa2 jer lah akhirnya. hmm. tapi yang penting kena smart. sebab being smart is also an attitude. kan? tulah prinsip hidup aku yang dipegang sejak dulu. alasan bila dah tak berduit macam tuhla. belambak.. haha. and if ada sapa2 perasan lah actually baju yang aku pakai tuh adalah baju time MPG dulu2 tuh. so, cuma guna balik jer. hehe. jimat yer.. nampak cam baru kan? well.. pandai jaga biasalah..

pegi penang tuh pon naik kereta api ktm tuh haa. kemain lama aku habaq hang. panas punggung dok tunggu tak sampai2 destinasi dinanti. rasa macam feel balik raya pun ada sebab dah lama tak jejak kaki kan. dalam keretapi tuh aku n lain2 dok jalan pusing depan belakang kiri kanan koch keretapi yang ada. bahan nak bersembang pon bermacam macam sebab kemain punya seronok. cuti seminggu dari praktikal lah kan. takkanlah tak seronok langsung. berjoget lagi ada..

sesampai kat penang tuh apalagi teros balik kolej cari tempat nak baring. iyelah sebab penat bukan main. tak larat dah jalan2 ke hape. kaki nak tercabut serta longgar sebab jauh gila nak berjalan pegi carik bas. sakit2..
masa tuhlah perasan yang fitness level nih haa dok kat lagu mana. worst fitness level lah apalagi. sikit jer dah berpeloh. penat!

skip to the presentation part. pakai baju smart gaya orang nak pegi dinner jer aku. last2 kena cop kpop jugak. cehh. "smartlah tapi smart gaya kpop" said by one of kawan aku. haru weh.. haru.. tapi still ada orang puji kan. so kita bersyukur n cakap "terima kasih eh...". hahaha. aku memang suka kena puji. itu aku takkan sorok2 punya. n harituh jugak konfiden level aku kemain tinggi. semua awek nak tegur kalau kenal. kebanyakannya buat cool je lah macam biasa tapi ada jugak yang aku tegur 'hye'. kemain bajet hotstuff wannabe harituh. geli dengan diri sendiri. hahaha.

aku n si ayu..
memang nama dia ayu eh..

                   
my best friend. hannah. :)

time presentation pun sangat berbeza dari time dulu2. skarang nih kalau boleh nak pegang mikrofon tuh lelama pon takdehal. konfiden n seronok tuh ada. macam orang gila mic pon ada. tapi still kalau present dulu2 memang pegang mic macam pegang bom, cepat jer nak lepaskan. takut! thank god sekarang semakin berani n berkeyakinan. karisma pun berjaya dibina dengan baik. tak lupa jugak hairtuh 'eye contact' dengan audience sangat banyak sampai boleh lah nak jeling2 dengan si chairman iaitu Sir Fauzi kesayangan. senyum2 segala macam kawan. perghh. bangga dengan diri sendiri dan dengan segala konfiden diri yang dikurniakan Tuhan saat tuh. Alhamdulillah..

friendship that will last forever.. :)


lastly, sangat best sebenarnya feel duduk ramai2 dalam lecture hall tuh semua bersama bebudak2 secourse yang lain. mostly, ada ternampak sisi2 kematangan dalam diri masing2 setelah lebih kurang setahun tak jumpa. yup. semua membesar dengan hebat. kagum aku dengan korang semua. yang si lelaki dah nampak potensi diri memasing tuh dari sikap dan percakapan diorang. bila bercakap tuh banyak perkara2 yang 'dewasa' menjadi bahan. memang semua dah matang. cakap pasal masa depan, planning nak bekerja dan macam2 lagi. memang aku tak sangka dalam setahun jer diorang berubah.

yang si perempuan pulak sisi kematangan tuh dapat nampaklah dari saat tengok cara berjalan, bercakap n pakaian. bentuk badan pun ada yang dah berubah menjadi lebih kewanitaan lah kan. bukannya pasal stalker ke hape. tapi camtulah realiti. jangan salah faham pulak. iyelah kejap lagi dah nak masuk time or zaman perkahwinan so nampak lah jugak karakter nak jadi ibu or mama nanti kat perilaku memasing. kemain aku bercakap pasal serious matter. haha.

konklusinya aku nih memang rindu gila kat korang2 semua. masing2 dengan identiti n cara memasing. korang sangat best! wish aku nak makan burgerboy pun berjaya dicapai. lagi2 pulak makan dengan semua secara berjemaah. afdal lah kiranya tuh. macam ada sambutan or party je. tak lupa jugak aku nak cakap thanks kat bebudak yang sudi join harlem shake versi uitm bertam tuh. sporting habis korang..

nampak besar mana burger tuh?
makan 2 orang jer kot. gilo..


that's all. assalamualaikum..