Dept tdm nih atau dalam long formnye berbunyik therapeutic drug
monitoring. Dept spesialised untuk uji sampel darah. Hmm. Pendek kata test
darah sebab nak check patient tuh ambik ubat ikot apa yang si doctor cakap atau
tak. Haaa. Tuh baru intro. Rasa2 cukup dah tuh.
Back to the tdm tempat aku. Well. Pharmacist yang ada kat
sini 3 orang jer. Nak cerita pasal big boss dept nih memangla haru. Dia serius
jer memanjang. Indian pulak. Lagi 2 orang Chinese ngan melayu. Pharmacist yang
malay tuh lagi lah. Langsung tak senyum. Memang cuak habis lah kalau mengadap
muka dia. Dah la macam takde perasaan so acano nak bajet gurau2 ke hape. Pastuh
pulak terlalu focus dengan kerja dia sampai tak pandang kiri kanan dah haa.
Haiyoo. Tapi thank god lah yang cina tuh ok sesangat. Senyum sokmo pulak. Last2
jadi bff lah kan dalam dept tuh. Jadik geng nak bergurau or tanya hape2 lerr. Satu mesia betol tdm nih..
Kesimpulannya, tempat
tdm tuh sunyi pak dye lah. Macam kubur jer. Nak bergelak tawa pon cuak. Sebab
nanti bigboss tuh menjeling tajam. Paling takpon dia menganjing tajam nokhorom
punyer. Menusuk kalbu orang kata. Bukan apa. Risau markah logbook kurang kalau2
dia tak suka kan. Haihh. Masuk dalam bilik tdm tuh orang boleh berubah 361o
punyer n start jadik hipokrit. Tuhler lumrah hidup kat situ.
The best part is bila aku yang dah dok dua hari sorang2 jer
trainee dalam bilik kecik kenot tuh ternanti2 akan kehadiran trainee lain.
Sebab nak buat pakatan bersatu trainee lah kot. bukan pakatan rakyat eh. Uhuk3.
nak buat geng gelak2, gurau2 serta buli sikit kat mana yang patot. Haha. Well.
Senior dua hari. Biasalah.. bully in
darah daging sudah.
Haa. Nak tawu sape mangsa bertuah yang pertama? Haha. Dah
tentu tak lain tak bukan si Atiqah. Yup. That kkm girl yang sama kat dalam post
pasal tpn dulu tuh. Yeah! Me like it ahak2.. haha. Setakat nih she’s the only
girl yang paling best cam harom nak kena kacau or buli or sama waktu dengannya.
Sebab apa. Sebab sama yang macam dulu jugak sebab dia garang. And sekarang dia
dah semakin pandai melawan. Yeah. Pandai dah dia sekarang. Dah besar panjang
kot. eh japp. Tak panjang pon. pendek jer. Ahahaha. Oppsss. Soriii..
Actually bukan buli pon, niat sebenaqnya nak bagi koje kat
dia haa. Yelah. Si bigboss tuh manela boleh tengok adik2 praktikal kesayangan
dok melepak termenong kalau takde sampel nak dibuat. Pendek kata nak bajet hero
para gadis lah nih tolong dia kasik tak kena marah. Gentleman kan? What can I
say? Tulah hakikatnya haa.. Tapi, tak boleh lah tunjuk sangat nak backup junior
kat tempat tuh. Karang salah faham kan susah. Kan2? So, terpaksalah tunjuk
macam buli sikit. Sikit jer. Tak banyak pon. Btw, dia attach kat situ pon dua
hari jer. Tak rasa sangat kot. KOT. tak sempat pon nak buli sangat haa. Cehh.
Nasib baik dia.
And then, selepas tuh datang pulak another kkm girl. Kawan
si tyqa (atiqah) or tyga tulah. Haaa. Mangsa baharu? Hmmm.. dia nih namenyer
adawiyah tapi panggil wiyah jer. Well. Susah sikit nak buli. Sebab dia nih
pesen ganas sikit n kuat mengorder orang. Kesudahannya, tak berapa lah nak
kena. Bahaya pon bahaya jugak spesies camnih. Haiyoo. Aku yang dah lama kat
situ pon terpaksa ikot jer rentak dia. Memang tak penyabor. Semua benda nak
dibuat dengan pantas. Haru2.
Bukan tuh jer, time
kat situ walaupon dah lama attach still ada buat silap jugak. Harituh lah, si
pharmacist malay tuh suruh aku buat dilution untuk satu sampel darah nih. And
then, buatlah kan dengan tunjuk ajar dia sikit. Memang tak konfiden lagi time
tuh, so main ambik jer lah dilution agent a tuh yang ada dua agent a ngan b
sebenarnya. Lepas kluar je result, n then si pharmacist tuh tetiba cakap “eh,
awak yang buat dilution kan? Nih dah silap guna dilution agent. Patotnya awak
guna yang b tuh”.
Selepas jer dia
cakap, aku gelabah tahap tak boleh blah lah orang kata. Dah macamano nih? Last2
si pharmacist tuh call someone n then cakap “nasib baik result tuh boleh
diterima”. Masa tuh rasa nak berjoget ala gangnam style kat situ jugak sebab
happy. Thank god. Tapi, nak cerita sikit si pharmacist tuh tengok kot time
tengah buat dilution tuh. And then dia tak tegur pon. Sampai dah kluar result
baru dia nak bising. Siap buat sesi nasihat lagi depan bigboss tuh. Itu macam
punye orang pon ade. Si bigboss macam bese lah buat jelingan maut dye sambil
diselitkan dengan sesi menganjing. Nasib baik dah biasa. Huhh..
Sepanjang tiga minggu kat situ macam2 si bigboss order. Nak
markah tinggi terpaksa lah mengikut jer. Life like that time praktikal nih. So,
we just go with the flow lah kan. Sebagai orang yang serba serbi dah tawu nak
handle mesin sampel darah tuh, rasa macam dah boleh jadik tenaga pengajar haa.
Konfiden tuh hado lah sikit. Tuh yang keje jadik kurang sebab kasik geng
trainee baru (atiqah, weeyah n lagi 2 orang kkm jugak) test kemahiran memasing
sendiri. Nak harapkan aku buat sendiri semua bukannya tawu sangat. Lagipon
takdela hebat manapon. Aci kerek n bajet jer.
Btw macam rugi buat trainee yang attach sekejap jer kat dept
tdm. Kalau tak try sendiri dari awal memang tak sempat. Sharing is caring right?
So, if ada ilmu lebih sikit bukan ker baik kalau kita share dengan orang lain n
ajar serba serbi supaya dia pon tahu. Kan2? Pahala pon dapat. Actually, istilah
senior junior tuh bukan ada apa2 makna pon. Saje2 nak memudahkan jalan cerita.
Hehe.. that’s all. Although banyak lagi tak cerita, biarlah ia menjadi rahsia..
Ecehh. Haha.
p/s: conclusion is
people DO make mistakes. kan atiqah kan?? hahaha.. Dari kesilapan tuh jugak yang mengajar orang jadi somewhat better than they used to be before. So, make mistakes n learn from it.
:D
![]() |
| antara menatang yang dgunakan untuk test sampel.. |
![]() |
| mesin sampel darah.. hmm.. roche apentah.. tak ingat.. |
![]() |
| mesin centrifuge darah.. so that jadik 3 layer.. |
![]() |
| antara reagent atau drug yang hado.. |



