18 November 2012

Hari khamis..


          Post blog aku nih banyak sangat pasal benda alah praktikal. Well, apabila praktikalien (alien apa pon aku tak tau) bukak cerita sembang dia camnilah jadiknya. Nih ada lagi benda berkait ngan praktikal jugak. Hari khamis as korang semua tahu merupakan hari pakai baju batik segala kan. Nak dipendekkan cerita, hari khamis paling syiok. Sebab apa? Sebab dapat usha girls2 chinese pakai baju kurung. Hari nih jer lah pon dalam seminggu yang happiness level aku sampai ke peak dia. Tapi takdela sampai muka blushing2 bagai. Tuh over sangat suda.
           Yer lah kan. Guys memang camtuh. Sampai ada member perempuan aku cakap yang “mata si lelaki nih mana boleh nak percaya. Ke mana2 jer dia melilau.” Haa. Kemainn dia. Cakap takde insurans jer kan. Although apa yang dia cakap tuh straight to the heart or explanation dalam bahasa melayunyer kena kat batang hidong mancung aku sendiri, terpaksa aku nafikan sehabis keras. Biasalah kan. Guys dengan diorang punya ego. Haha. Mana boleh dipersalahkan. Tercalar maruah nanti haa. Lelaki memang diciptakan begitu sejak azali yer. Bukan 100% salah kami sebab semuanya dalam genetik. Gaya defense tak konfiden habis.
            Lelaki kalau nak dihujahkan kat sini most of the things in their head is that semuanya pasal perempuan, perempuan dan perempondan perempuan. Kan2? Brader kat sebelah aku nih pon dah geleng kepala. Taknak mengaku. Cehh.. siku jugak karang. Nasiblah perempuan bukan macam lelaki yang agak kuat mengusha nih. Takot jugak kalau perempuan mata dia melilau bila tengok lelaki. Rasa “terancam” gitu. Hahaha. Takot kena terkam jer karang. tak pasal2 kawin free. Eh. Apa aku cakap nih? Gilo. Nampak sangat dah cukup syarat boleh kahwin. Hmmm.
            Tapi….. usha sikit2 takpe kan. Dalam islam kata kalau sekali pandang takpe kan? Dah tuh usha ler lama2 dalam sekali tuh. Usha banyak kali karang da jadik dosa kering pulak. Haha. Dah macam bagi tips pulak. Huishh. dosa2. astaghfirullah. So, semuanya terpulang kepada kehendak individu eh. Aku cuma nak cerita perasaan aku jer. Seronok tengok girls chinese pakai baju kurung tuh. Benda rare pulak kan. Lagi2 bila mereka pakai baju kebaya. Usah aku nak cakap panjang betapa gumbirenya hati sanubari nurani aku nih. Mengucap panjang lagi ada. malu dah i.. haha
p/s: actually benda alah p/s nih hape eh? Premenstrual syndrome ker? Aku selamba jer pakai tak tau maksud. Haha. Assalam.

Cuti sem..


           Haaa.. pasal cuti midsem yang lebih kurang dua minggu nih macam2 benda aku nak sembang kat sini. One of it is that for the first week aku punyer cuti, tiga hari terpaksa aku gunakan untuk ganti balik cuti hari raya aku kat tdm. Memang rasa nak mengamuk jugak lah sebab sepatutnye takyah ganti2 nih semua. Tapi disebabkan head pharmacist kat tdm tuh kepala dia keras macam diamond iaitu lagu si rihanna tuh n dah tak boleh nak didebate hape dah terpaksa gak aku ganti. Nih pon semua disebabkan ketedersakan nak cuti time raya tuh. Haa. Last2 dah makan diri. Haiyoo. Gila punya olang..
           Nak cerita panjangnya time ganti kat tdm tuh nasib baik ada geng nak dibuat bergurau senda. Hilanglah sikit kebosanan yang melanda diri nih. Lonely kat tdm sangaaatlah boring. Dapat pulak si budak prempuan kkm yang boleh dibawak kacau lagilah hati gumbire memanjang jer kat situ. Alah, si atiqah kat post dulu2 tuh. Tak habis2 ngan dia kann. Entah pape jer. Seperti biasa, gejala seniority mulelah berlaku. Well, perangai orang2 lama memang susah nak dibawak berubah. Apelagi bila si juniornya tukang nak melawan cakap jer. Semua benda yang aku ajar n suroh dia hingat merupakan sesi membuli. Macam gadoh2 adik abang punya pesen tuh. Camtuler nak dijadikan cerita. I loikke.. haha
           Dah, pasnih benda alah tdm tuh aku malas nak ada kaitan. No more kay! Haha. Gaya cam girls2 gedik kat kl pulak. Oooopss.. Over memanjang. yang pasal cuti sem nih aku dapat cukupkan 2 minggu pon atas dasar usaha yang tak kenal penat lelah bertungkus lumus memintak cuti dari department lain. Cuti selama 3 hari pulak aku mintak. Well, nak ganti balik cuti tdm yang telah terpakai tuh. Buat membazir je lah kan kalau tak cuti. Lagipon ada pegawai tuh kecoh dia cakap “yang awak nak simpan cuti banyak2 tuh nak buat hape?”.  As a result, time tuh jugak lah aku mintak cuti. Suka suki jer aku kan nak cuti. Persoalannnya, kisah pulak?
cuti nih ada pegi H&M. kau hado?? haha

           Benda yang aku nak ceriterakan kat sini ialah bila aku nak mintak cuti tuh terpaksa pulak berdebate dengan pegawai farmasi. Cehh. Punyerlah lama aku berdebate dengan penuh tawaduk ngan istiqomahnye sambil menghuraikan segala isi2 yang aku karang. Siap ada pembuka ngan penutup sekali haaa. Kemainn kan… muke aku kalau korang tengok masa tuh memang muka mengharap habis lah. Orang kata gaya boleh nangis lah kalau tak dapat cuti. Eh… silap. gaya macam kucing yang mata besar ala2 bola snooker tuh siap efek berair2 lagi. Haha.
          Cube korang pikir, betapa desperatenya hospital sekian sekian sekian nih memerlukan kehadiran trainee kat department diorang. Nak mintak cuti pon payah nak bagi. Pasal apa? Pasal diorang nak rasa seronok bila buat keje. Boleh suroh buat segala benda itu ini. Ada kerja yang tak siap lagi dah bagi keje lain awal2. Siap keje tuh boleh bersusun lah kan. Yang penting kena siapkan pada masa yang diorang nak. Kalau tak, senang jer jawapannya. Apa dia? Jawapannya kuranglah markah dalam logbook. Hmmm. Lagipon, if ada silap mana2, trainee pon boleh dipersalahkan sewenang-wenangnya. Biasalah. Budak praktikal or kuli. Lumrah hidup. Redha je lah haa. Haihhh.
 p/s: cuti nih buat hati saya tenang n tenteram jer. Assalam. 

TERaccident. traumatized kita haa...


Hajat hamba mencoret rasa nih sebenaqnya nak ceritakan pasal accident yang melanda masa dan ketika perjalanan hamba nak balik dari kampong Parit ke rumah. Nak dijadikan cerita, nasib baik tak melibatkan apa2 kehilangan harta n nyawa. Alhamdulillah. Alkisahnya time tengah drive malam2 dekat pukul 10 tuh lalu jalan kampong yang dulu2 tuh. Memang da lama tak lalu lah kan. So tak berapa nak biasa.
Lagipon jalan2 kat perak nih kan terkenal dengan saiznya yang muat2 kete jer pon. Tuh jugak menjadi faktor utama TERaccident. Kete exora yang aku bawak tuh time corner terkeluar sikit dari garisan putih kat bahagian kiri kot. last2 termasuk satu lubang yang besar macam longkang jugak lah. hasilnya tayar bahagian kiri kereta tuh depan belakang jahanam pecah meletop. Tapi takdela sampai kebaboom bunyiknya. Over sangat tuh..
Time tuh pulak aku tengah dalam usaha nak potong kete viva yang slow macam siput khinzir kat depan. Punyerlah susah nak potong sebab asyik corner jer jalan dia. Bahaya pulak kan nak potong time corner nih, silap2 ada kete naya pulak. Sudahnye, viva tak dapat potong dah tuh tayar pulak pecah. Time tuh memang cuak gile babeng lah. sebab kete tersadai kat tepi jalan dalam estet. estet weh! Gilo kau! Sape yang tak cuak memang bukan manusia normal lah. malam nak dekat pukul 11 pulak tuh.
Lagi2 pulak, aku ngan ayah jer lelaki. Adek aku semua perempuan ngan mak aku lagi. Bertambah cuak ah kan. Adrenaline rush cam nakharom. Pape jadik kan ker naya. Yang aku tak berapa nak puas hatinya bila call si bapak2 sedara nak dibuat rescue team tuh lambat bebeno sampainya. Ada ker sampai sejam lebih. Padahal tempat aku accident tuh takdela jaoh mana dari kampong. Sepuluh minit dah sampai. Time tunggu tuh memang boleh mencarut lah sebab da bengang sangat. Memang kalau ada sape2 nak dipukul time tuh amatlah sesuai. Confirm patah riuk terbelah lapan badan dia haa.
Tapi naseb baik diorang datang jugak. Kitorang tunggu pon siap pegang kayu besbol ngan kapak. Manalah tau ada pape. Just kene prepare lah kan segala benda yang mendatang. Masa tuh nyamuk gigit pon tak rasa. Badan da pucat habis disebabkan ketegangan yang melanda. Tak taulah nyamuk dapat hisap ape. Pastuh terpaksalah patah balik n bermalam lagi sehari. Segan gila.
Cerita yang bestnya, pakcik aku time petang hari yang sama sebelom aku kena tuh jugak ada rescue cousin aku yang sama accident kat tempat yang sama sejibik tak kurang berapa cm pon dari tempat kejadian aku. Memang dia terkejut habis lah kan. Last2 dia cakap apa? “aku rasa tempat tuh ‘keras’ lah. sebab tak mungkin boleh accident dua kali serentak dalam sehari, kat tempat yang sama, tayar yang sama and kereta yang didrivekan oleh si anak”. Lagipon dia cakap, kat tempat tuh ada jugak tayar yang baru kena buang. Nampak sangat port or lubuk accident. Uishh. Bahaya2. Naseb baik aku tak jumpe benda alah tuh time drive, kalau jumpe memang tak taulah ape jadi.  

p/s: first time experience accident aku drive sendiri. Memang sedikit trauma or terkejut. Benda yang luar jangka pulak tuh. Mintak dijauhkan segala bala bencana di dunia dan di akhirat ya Allah. Amiiin. Assalam.

Hari raya hajji

Untuk hari raya hajji kali nih aku balik ke kampong kat parit, perak. Jujurnya memang dah lama gila tak sambut kat sini. Disebabkan macam2 konflik yang melanda selalunya kampong kat muar, johor yang dijadikan destinasi. So, terasa awkward sikit lah. lagipon feel dia pon lain macam. Kalau sambut kat johor, raya apa pon rasa macam formal jer. Sebab banyak family yang berhimpun kan sampai 9 family. Dah tuh pulak anak memasing semua pon tak nak kalah bilangannya sampai bersusun2. Tapi kat perak tak macam tuh, semuanya terasa bebas n tenang. Sebab family ada 4 jer.
Raya kat johor kalau nak pegi semayang raya memang wajibbul ghunnah alpakaiun baju melayu lengkap segala songkok n samping bagai. Formal habis. Rasa macam menyampah pulak kan. Yelah, zaman nih mindset still mude remaja yang suke memberontak n susah nak dengar cakap dah mule menguasai diri kan. Tak boleh nak dibuat hape. Tapi raya kat perak pulak, pakai baju melayu n ada sokong da cukup. Molek suda orang kata. Samping2 segala tak menjadi kewajiban.
Beza raya kat johor n perak dari segi environmentalnye pown berbeza ya amat. Bilangan manusia yang berhimpun menyambut raya memang menjadi faktor primer. Bukan nak cakap hape tapi memang rasa tak comfortable raya kat johor. Sebab.. kat johor kebanyakan cousin aku perempuan haa. Kalau nak dibuat percentage tuh semua adalah dekat 95% perempuan n 5% lelaki. Nampak sangat lelaki da pupus. “Spesis terancam” lah orang kata. Perlu dikawal dah sesangatnye hadoyainye pown.
Yup, tulah faktor utama tak comfortable. Segala tingkah laku aku segala semuanya terbatas. Bolehlah kalau nak dikatakan coolness meter aku punya bapak segala peak dia kat situ lah. kemain.. Cousin perempuan pulak semuanya rata2 umur nak dekat2 jer. Lagilah mencabar keimanan hamba. Penat nak cover semua. Lotih eden haaa.. padahal, bila bilangan family tuh da bekurang sikit mulelah diri nih beransur pulih dari penyakit aci2 “cool” tuh. Kekok bak hang di kampong sendiri. Pelik2 jer.
Nih semua salah perancangan family memasing yang tak berapa nak kena. Nak meramaikan umat pon takyah lah nak dok memperbanyakkan lagi kaum hawa. Kan ker da susah buat lelaki melayu terakhir macam aku nih. Haha. Nak cerita pulak cousin2 lelakinya bebudak jer ramai. Yang dah agak sebaya or lagi tua berapa kerat jer lah kalau nak timbang kati. haihhh. Sangat menyedihkan taw.
Satu perkara yang aku nak puji bila kat johor nih ialah mata aku sentiasa bekerja sampai rambang mata. Ada saja kaum hawa yang cukup syarat menjadi tatapan mata. Astagha. Terok bebeno perangainya pulak. Kat perak ada berapa sangat jer lah. lagipon, bila sesi makan tuh terasa havoc n happening gila kat johor. Sebab ramai sangat kaum keluarga ayah bonda cucu cicit sanak saudara cikebom cikeboom memeriahkan keadaan.
 Makan sekali round semua pulak. Feel dia seronok habislah. tapi still kena cover n control segala. Time tuh orang kata memang boleh dicalonkan anugerah Oscar lah disebabkan berjaya memainkan watak yang diberi dengan konfiden n subang jayanya. Takde nampak fake pon. Maklumlah darah seni seakan2 ada mengalir. Eceh.. ayat tuh tak habes2 nak membajet. Haromm..
 
Assalam..