11 August 2012

you make my day! thanks... ;)

    ayat kat atas tuh aku ucapkan buat budak2 kkm yang setakat nih memudahkan kerja aku. haha. diorang nih yang praktikal sesama aku kat department yang sama setakat nih rajin2 bak hang. senang kerja aku kat hospital nih. dah la semua prempuan mata pon sodap jer memandang. ish3. balik ke pangkal jalan, maklumlah mereka2 nih dapat elaun. yup. ELAUN. tengok saiz font nih dah dapat agak banyak tak banyak elaun tuh.

    cakap pasal elaun mesti semua budak praktikal lain boleh tak puas hati dengan budak kkm nih. tapi still ada lah jugak nampak berbaloinya bila diorang nih rajin sikit. SIKIT. nampak sangat faktor elaun boleh mengubah mutu kerja time praktikal nih. that's why lah aku malas. elaun yang dapat celah gigi jer. buat duit minyak + sewa rumah habis semua lesap tak tinggal kesan. macam ada takde jer.

    but still kena bersyukur. tuhan bagi elaun sikit tuh mungkin ada hikmahnya supaya kitorang tak TERbelanja ke arah benda2 yang tak patot or membazir. lagi2 bulan puasa nih. ke bazar ramadhan pon belanja macam tak makan seminggu. astaghfirullah. ikut amalan si syaitonnirrajim suda.

No comments: