20 August 2012

seminggu di cyto (part 1)

          Haiyoo.. penatlah macam nih setiap hari nak swab semua menatang nih sensorang, dah 2-3 minggu jugak lah camnih. Hati yang dulunya seakan tidak boleh menerima hakikat bahawa terpaksa melupakan hasrat untuk mendapatkan fastrack semakin lama semakin merasai kepahitan tersebut. Dia pernah terdengar kata – kata seorang pakar motivasi bahawasanya segala pekerjaan yang dilakukan tanpa menanam minat di dalamnya akan menjadikan seseorang itu bertindak sambil lewa serta merasa malas. Jelas. Sekarang kini baru dia mengakui hakikat kenyataan tersebut yang sebenarnya ada kaitan dengan dirinya. Benar dan sentiasa benar.

          Namun, segala perasaan malas dan pekerjaan yang dilakukan secara tidak bersungguh – sungguh mula berubah sedikit sebanyak tatkala kehadiran dua orang gadis yang baru sahaja bertukar ke department tersebut. Yess.. aku ada junior jugak finally! Thank god… Alhamdulillah.. saat itu mahu sahaja dia sujud syukur di dalam clean room sitotoksik tersebut. Akan tetapi hasrat tersebut terpaksa dibatalkan memandangkan dirinya khuatir akan kebersihan lantai bilik tersebut, Manakan tidak. Sudah 2 –3 minggu dia mengimpikan perkara tersebut. Akhirnya tuhan memakbulkan jugak hasrat hatinya serta doa yang dipanjatkan sehari – hari tanpa putus asa. Hatinya melompat girang seakan – akan tidak percaya.

           Yes! Di saat itu matanya masih tidak percaya akan hakikat tersebut disebabkan sedang menswabbing peralatan yang diperlukan untuk rekonstitusi pada hari itu dengan penuh tekun. Sabar – sabar. Relek dulu. Hatinya tidak mahu terlalu berharap kerana risau ianya tidak menjadi kenyataan. Maka dengan sabar dan tenang dia meneruskan kerja yang tergendala sebentar tadi. Huish. Sempat termenung pulak. “semua ok boy?” “okeyh!”. Tetiba abang faiz yang merupakan bos bertanggungjawab menilai prestasinya bertanyakan soalan yang sama pada hari – hari sebelumnya. Cuma hari ini jawapan yang berbeza nada dilontarkan kembali. Sudah bersemangat mungkin.

            Seusai segala tugas yang diberikan bos dilaksanakannya maka dia pun beransur untuk berehat. Keluar sahaja dari clean room dia terperasan akan juniornya. Seorang gadis india yang sudah dikenalinya dari MSU dan seorang lagi gadis melayu dari KKM yang seringkali diceritakan oleh kawannya sebelum ini. Lulus! Maka bermulalah hari – hari yang bahagia di department onkologi. Dia merasakan ada perubahan besar dalam sikapnya sehari – hari kerana semakin bersemangat. Bukan di sebabkan ada junior sahaja dia bersemangat akan tetapi dia dapat memgetahui sebabnya mengapa kawannya begitu terpaut pada si gadis yang bernama L tersebut. Masakan tidak tanpa sedar dia pon seakan – akan tersangkut jugak. Ahhh sudah.

            “Malas pulak nak buat woksheet untuk eyedrop tuh. Nak buat worksheet yang biasa jer.” Dirinya memulakan perbualan. Dengan tanpa membuang masa si L yang duduk di sebelahnya bangun lalu memberikan sehelai kertas worksheet yang biasa. “Nah! Nih worksheet biasa yang last. Yang lain semua eyedrop punye. Kamu ameklah.” “Wahh… thanks!”, dalam hatinya timbul rasa terharu. Bapak baik si L nih. Dalam bersemangat still ada sikap pemalasnya yang tak putus – putus datang. Haishh. “Bagoslah kau nih. Rajin gila eh”. Bila difikirkan balik tuh antara good point si L nih. Rajin bak ang orang jawa barat kata.

             “Eh… cepatlah sikit buat worksheet  tuh. Abang faiz dah tunggu kita nak topup barang dalam clean room tuh”. Amboih si L nih, cubelah bawak bertenang. Kemain tak sabar – sabar nak buat keje. Dia berbicara hanya di dalam hati. Not bad jugaklah ada diorang yang rajin nih. Semuanya berjalan dengan lancor bak kata Mr Johnson. Okeyh bos. Dia menjawab namun sekadar di dalam hati. Selesai worksheet dilakukan segala aktiviti topup mentopup bermula. “sebelum tuh kita kena check dulu apa yang takde..” dia berkata seperti seorang ketua. “aah.. da tuh kena lah bawak kertas nak tulis kan?”, si L menunjukkan kepekaannya. “Takpe, aku dah ada kertas memo pad dalam poket nih, jom!”. Maka bermulalah aktiviti yang sedikit berat lagi – lagi di bulan puasa tersebut.

              Sedang dalam menyusun segala peralatan bagi protective gowning di dalam changing room tiba – tiba pintu kaca bilik tersebut diketuk. Satu senyuman terukir di wajah si pengetuk dari luar pintu. Dia berjalan membuka pintu tersebut. “Tuh kat dalam troli kat luar tuh ada lagi satu kotak, yang nih saya angkat”. “Ok ker?”, dia bertanya menunjukkan keprihatinan. “Ok jer. Yang nih ringan”. Cehh.. si L nih memang tak boleh nak tengok aku senang. Semua nak laju. Nak tolong taknak. Haihh. “Karang dah habis susun, lipat kotak tuh macam biasa eh”. Dia memberikan arahan sebagai senior. Yup senior. “Baik boss!”, kedua – dua junior menjawab serentak. Dah macam budak prasekolah gayanya. “Good!”. Macam diktator perlakuan ditunjukkan. Hatinya mula merasa seronok tetapi ada sedikit kesian. Namun tak ditunjukkan sangat. 

No comments: