20 August 2012

seminggu di cyto (part 2)

        “Si Kavi duduk dalam swab ubat pulak ker hari nih?”, permulaan perbualan dimulakan secara formal. “aah.. sebab semalam saya dah buat..”. “Owh.. I see..”, dia menjawab sambil tersenyum. Senyuman tersebut diibaratkan seperti topeng sambil dalam kepalanya sedang mengatakan Yes ada chance nak kacau si budak rajin nih. “So, jom kita lipat pastuh potong absorbent pad nih eh cik L. Okeyh?”, dia bertanya sambil mengajar si junior tersayang. Eh… junior tersebut. Sambil melakukan tugas tersebut aktiviti ice breaking juga terselit dalam perbualan. Nak kenal hati budi nampak gayanya. “kau nih anak sulung ker?”, seperti biasa si lelaki memulakan perbualan tanpa ragu-ragu. “tak. Anak second”, si gadis menjawab juga dengan nada yang sama. “Anak bongsu?”. “Tak. Tulah yang sedih tuh patutnya kita nih anak bongsu tapi tiba-tiba ada adik. Lelaki pulak tuh. Harapan keluarga lah kan kalau anak lelaki”.


        “Iyelah kot”. Dia menjawab mengiakan pernyataan tersebut. “Kamu nih anak sulung ker?”, giliran si gadis pula bertanya. “Yup!”. “Tapi tak nampak macam anak sulung pun. Macam anak bongsu ada lah. Kalau macam si Hafis tuh ada lah jugak.” Kenyataan tersebut hanya mengundang gelak tawa yang besar dari si jejaka. “well, si hafis tuh sebenarnya anak bongsu kot”, dia menjawab masih sedang separuh ketawa. Gelak tersebut semakin kuat apabila si Hafis tiba- tiba muncul entah dari mana. Panjang umur lah kot. “weh, hafis. Si L nih cakap kau anak sulung. Tergelak-gelak dah aku siap nak berguling-guling kat lantai lagi ada”. “lagi lah. Anak bongsu kot”, si hafis menjelaskan pada si gadis kkm tersebut. Sesaat selepas itu hafis beredar.

         “Eh.. kau bila dah habis praktikal nih terus kerja ker?”. “aah. Sebab kitorang under kkm dah sign kontrak tiga tahun kerja”. “Owh.. dah tuh taknak sambung belajar degree?” “maybe lepas kontrak tiga tahun habis kitorang sambung study kot.” “bagos. So kalau lepas tiga tahun kerja maknanya umur dah 24 tahun lah kan?” “iye kot..” “kalau 24 patutnya dah kahwin lah kan?” “tulah…” “ so, dah ada calon ker?”, soalan yang ditunggu –tunggu dia akhirnya berjaya ditanya pada masa yang sesuai. “belom..”, dia menjawab dengan nada rendah. Yess! Budak nih still single lah kot. Di dalam hati si jejaka mula terasa girang. Mahu sahaja dia melompat di situ jugak. Okeyh. Maintain composure. Jangan tunjuk seronok sangat. “so calon nanti nak carik ustaz lah erk?” “aah.. kalau boleh imam muda terus lagi bagus.” “amboih, tinggi cita-cita yer”. Si L hanya tersenyum.

                       *****************************************

        “Asyik-asyik worksheet jer nak kena buat. Boring betul.” Si pemuda melepaskan emosi yang terpendam. Maklumlah bos tak ada berdekatan. “Tulah, dekat cyto nih tak habis-habis dengan worksheet. Tuh ada lagi dua worksheet last nak kena buat. Kamu tuh buat cepat sikit eh”, si gadis menunjukkan keterdesakannya. Sudah masuk hari ketiga daripada seminggu yang ditetapkan oleh pegawai yang berkenaan buat si L berada di department tersebut. Sudah pasti dia tidak ingin menghabiskan seminggunya di situ hanya dengan membuat worksheet. “Kau pun buat cepat sikit yer. Lepas nih macam biasalah kita kena topup barang-barang yang kurang kat dalam bilik komponen tuh. Okeyh?” ketua dengan jelas memberikan arahan kepada kedua-dua junior sementaranya. “baik captain!”, kedua –duanya sempat menganjing.

        “Apa lagi barang yang tak ambik?”, si ketua bertanyakan kepada kedua-dua pengikut setianya. “Tinggal dextrose 5% yang 500mL punya jer tak ada lagi”, si Kavi menjawab. “Dextrose tuh abang Faiz kata kena amik kat belakang bilik iv drips tuh”, si L cuba mengingat. “Dah tuh jom amik eh..”. “Apa kata saya letakkan barang –barang yang ringan nih semua kat dalam bilik komponen tuh. Lepastuh kamu berdua pergi ke belakang amik dextrose”, Kavi memberi cadangan. “okeyh!. captain, kamu kena ikut saya, kita pergi angkat kotak dextrose tuh kat belakang yer. Berattt..”, si L menunjukkan jari telunjuknya ke muka si ketua. Confirm aku tak boleh lari dari budak rajin nih. Ketua macam biasa masih dihantui sikap malas yang dibuat-buat.

        Sesampainya di belakang, kedua-duanya mula mencari kotak dextrose 5%. “mana eh? Dextrose 10% ada ler”. Si ketua bertanya lantas tidak berjumpa apa yang dicarinya. “hmmm… jap. Haaa.. kat bawah sekali tuh macam dextrose 5% jer. Cube tengok..”. si L macam biasa lagak detektif sahaja gayanya. “aahla.. tajam mata kau eh..”, ketua memuji. “bawah sekali pulak.. hadoii. Malasnya nak angkat..” sikap pemalas ditunjukkan captain dipandang sahaja oleh si pengikut. “okay.. kalau camtuh biar saya angkat jer lah..”, L menunjukkan keprihatinannya tanpa diminta. Dia mengangkat kotak tersebut sehingga ke depan pintu bilik stor. “ehh.. tak payah susah – susah. Kesian kau. Dah la berat benda tuh. Takpe biar aku angkat kan”, di dalam hatinya timbul suatu kekaguman di atas sikap mengambil berat dan rajin si junior. “da tuh tadi kata berat pastuh malas nak angkat. Saya pun angkat jer lah.. hehe..”. si junior tersenyum melihatkan telatah ketua yang juga risau akan dirinya.

                     *******************************************   

          “By the way, nama kamu khairul nazrin eh?”, si L memulakan bicara. “aah.. kenapa tanya?”, si ketua terkejut akan soalan yang ditanya tetiba. Nak kenal aku lah kot. Hehe. Dia tersenyum. “haha.. takde pape. Saja jer tanya. So.. orang selalu panggil apa erk?”, still dengan nada bersahaja dia bertanya. “hmm. Orang lain panggil Raen”. “yeker? Hahaha.. macam tak caya jer”, gelak si L seakan - akan menganjing. “terpulanglah”. Tawa si gadis dijawab dengan senyuman seikhlas mungkin. “kenapa diorang nak panggil hujan eh?”. “haha.. no comment lah cik L oiii. Maybe sebab aku hensem macam retis lah kot”, soalan tersebut dijawab dengan ketawa yang kuat. “PERASAN....”.

                                                             
                                                             THE END…


No comments: