19 January 2013
the last stand!!
weehoo.. malam tadi aku ngan seluruh isi rumah sewa kat ipoh nih bersukar ria tengok movie the last stand tuh.. modal aku nak tengok cerita nih sebab ada pelakon feveret sepanjang zaman aku iaitu arnold schwarzenegger yang femes dengan cite terminator tuh.
bukan hape. dah lama tak tengok dia beraksi kat wayang. dia kan macam legend dalam industri filem kat hollywood nun selain si bruce willis.. aku boleh kata cerita nih walaupon nampak macam simple tapi memang berbaloi duit ringgit malaysia yang aku dah laburkan. berbaloi baloi!
cerita nih punyer action sangatlah menerujakan jiwa raga aku. banyak scene yang memang tak tersangka dek akal dan sangat kreatif.. suka plot cerita dia yang tak berterabur.. lagi2 pulak cerita nih lebih kepada kelakar dan nampak natural.. banyak scene2 yang logik daripada kebiasaan movie dari hollywood.
lakonan pelakon feveret aku tuh memang mantop meletop.. suka bapak aku.. sentiasa cool macam biasa walaupon dah tua. yup.. nampak sangat muka dia dah tua dengan kedut2 kat leher ngan pipi. takdelah nampak fake macam si rambo dalam expendables tuh. sangat natural..
jujur aku cakap kat sini yang aku memang tak sangka langsung yang beliau still larat lagi nak buat aksi lincah time berlawan dengan ketua geng penjahat tuh. sangat awesome! dah tua2 pon still nampak dia punya karisma.. i like!! haha..
rating yang aku boleh bagi kat cerita nih ialah 8.9/10. banyak benda boleh buat aku kagum hasil arahan pengarah korea nih. scene kereta memang takyah cakaplah. sangat best melampau! pegilah tengok korang2.. tak menyesal punya..
assalamualaikum..
ps: pasnih mungkin giliran 'pacific rim' dan 'a good day to die hard' pulak.. muahahaha
