19 January 2013

2 bulan lebih lagi haa!!


     yup.. hasil perkiraan aku ada lebih kurang 2 bulan lagi nak habis praktikal.. weehoo.. aku dah bosan buat kerja amal tanpa bayaran yang setimpal.. rajin pon sebab risaukan logbook yang mungkin menjejaskan pointer aku.. datang awal pon sebab punch card kena hantar ke lecturer.. huhu.

penat tak penat lah nak kena dengar cakap orang memanjang.. kalau tak ikot karang dikatanya kurang ajar dan tak dengar cakap.. lagi2 nak melayan karenah orang2 tua.. diorang nih langsung takde istilah 'understanding' dalam kamus hidup memasing. tak cerita lagi diorang buat kerja cemana. hampehh..

lagi 2 bulan..

merdeka! merdeka! merdeka! haha.. cukuplah tiga kali.. aku pun dah naik menyampah nak layan macam2 perangai orang nih iaitu ppf n prp. ingat senang ker nak berpura pura baik depan orang yang kita meluat. hari2 pulak tuh.. bayangkanlah...

tapi adalah sebilangan dari diorang yang kena jumpa hari2 kasik reda sikit menyampah nih sebab diorang baik dan understanding. ada yang baru start kerja jadi penolong pharmacist tapi dah berlagak macam pharmacist. langsung tak berpijak di bumi nyata. sedar diri lah sikit kan.. pape jer lah..

lagi 2 bulan..

mungkin aku terbaring kat atas katil bangon pukul 12 tengahari untuk setiap hari.. pastuh kena marah dengan mama. hahaha.. tak mustahil langsong.. orang kata berhibernasi sekejap sebelum masuk ke alam lebih matang iaitu degree.. bajet..

mungkin jugak time tuh aku tengah dok main gym hari2 sampai dipanggil 'abang body'.. hahaha.. macam2 benda boleh berlaku lah bila dah duduk kembali kat rumah sendiri. mungkin sibuk mengupgrade diri sendiri dengan pelbagai ilmu di dada kan..

lagi 2 bulan..

umur aku still 20 tahun lagi.. haha.. muda remaja lagi.. bergetah orang kata... bahaha.. harap2 time tuh dah ada kereta sebab senang sikit nak berjalan serta kerja part time kat mana2. plan harituh macam nak kerja kat h&m kat setia city mall nun.. hehe.. in shaa Allah..

dah cukuplah tuh aku merepek. boleh jer nak panjang lagi sebenonye.. takpelah.. next time ada lagi masa.. haha..

assalamualaikum..