29 January 2013
aku, upu dan masa depan..
sebut pasal part nak kena isi upu dan segala bagai yang sama waktu denganya nih memang aku tak berapa nak berkenan. bukanlah sebab apa. cuma leceh dan annoying jugak sebenarnya. tapi kalau tak isi pulak camne nak masuk U buat degree kan.. tak ke bahaya kalau tak dilayan..
bermula dari part nak kena beli no pin dari bsn tuh pun aku tak minat jugak. dah ler sampai terpaksa beli no pin sampai 3. yang first tuh of course lah si upu. yang kedua tuh pin penerapan uitm dan yang akhir sekali tuh untuk pin masuk usm pulak. antara ketiga2 tuh pin usm tuh paling nakharom punya mahal. haihhh
takpelah. demi masa depan yang lebih gemilang terbilang dan berbilang2 lagi aku redha. haha. dah selesai beli pin tuh pulak nak kena isi form online dia yang punya banyak pages sampai tak beringat.. menyampah lagi ada.. 2-3 pages tuh cukuplah. ini banyak sangat pun menyusahkan masyarakat sebenarnya.
part nak mengisi pilihan kursus nak diambil time degree tuh pun bukannya semudah alif ba ta. payah bebeno. kepala nih dok pikir jugak benda alah course apa yang sesuai dengan minat diri nih serta mempunyai market value di masa depan. ialah sebab nanti time dah habis belajar bila nak mintak kerja susah pulak sebab kerja tuh dah takde kekosongan ataupun kurang demand dalam sektor pekerjaan. parah camtuh weh.. dah lah penat belajar..
selain tuh pulak ada kawan ajak pulak sambung further study kat uk.. haaaa.. dah cemana tuh? bukan ulu klang ceritanya sekarang tapi united kingdom.. kos nak apply U kat uk tuh pulak banyak tak banyak juga lah. nama pon further study. mestilah kena berbelanja lebih sikit. pengorbanan demi masa depan lah kan..
bila dok pikir pasal UK tuh best bunyiknya. lagi2 bagi peminat epl fanatik tahap tak ingat macam aku nih. dapat bertandang ke old trafford tuh aku rasa macam wishlist untuk seumur hidup lah kan.. gempak bunyiknya.. tapi.. hmmm. part berjauhan dengan family tuh susah jugak. lagi2 aku nih yang sentiasa dok pikir pasal well being adik2 aku kat rumah tuh.
dah lah hampir kesemua adik aku masok asrama. tinggal sorang jer yang dok rumah. tuh pun sebab dia baru darjah empat. kalau dah form 1 aku konfirm asrama tuh memang tak lari ke mana. hebat tak hebat lah mak bapak aku. semua anak dia nak pegi hantar ke asrama supaya pandai sikit berdikari. duduk asrama nih secara tak langsung boleh mematangkan diri sendiri jugak.
aku taulah sebab aku pun ada pengalaman tinggal kat asrama. kat tengah kota KL lagi engkau. amazing habis ceritanya.. haha.. cuma part tak bestnya semua budak lelaki lah.. tak seamazing budak sekolah asrama campur2 kot. kot lahh.. huuhu
assalamualaikum.
girls of my dream?
![]() |
| girls kpop? haha.. no lahh.. |
lama tak tulis pasal benda alah soal hati dan perasaan nih. malu pulak tetiba haa. haha.. so.. aku cerita satu jer lah antara ciri2 tersebut iaitu lasak or nampak kuat. as to why aku suka girls yang camnih sebenarnya senanglah nanti dalam kehidupan time kahwin nanti. haaaa. kahwin engkau.
definisi lasak bagi aku tuh dalam kata lain tak terlalu feminin. nampak tough or nampak kuat lah sedikit. tapi takdelah sampai ada bicep tricep ngan segala six packs tuh. tuh dah macam lelaki pulak. seram lagi ada nanti.. lagipon aku pon takde segala benda alah tricep tuh. inferiority complex dengan wife sendiri nanti kan ker parah..
intipati lasak tuh sendiri takdelah pulak aku nak dia sentiasa nampak okay jer memanjang. tak fair jugak. manusia nih kan hidupan yang ada perasaan sendiri dan mempunyai emosi memasing. tapi janganlah pulak asyik nak nangis jer kalau something bad berlaku dalam hidup. lemah longlai hati jantan aku karang sebab tak tahan tengok.. insan yang lemah dengan tangisan seorang perempuan lah katakan..
dalam kata lainnya girls yang appear lasak but still ada sisi feminin dia tuh yang aku minat. i mean dia takdelah jiwang sangat sampai nak post fb pasal benda bunga2 jer kan. tapi more to macam suddenly dia boleh show dia punya caring side although macam cover2. kan sweet camtuh. contoh macam bila aku sakit kepala or demam dia boleh nasihat something or doakan aku cepat sihat in her own way lahh. camtuhla lebih kurang haa..
ada ker girls camnih erk sebenarnya? macam girls dalam novel pulak.. susah nak jumpa tapi tak mustahil selagi berusaha cari dengan hati yang ikhlas. kann? haha. rasa macam dah jumpa. tapi semuanya terpulanglah kepada takdir Allah.
assalamualaikum..
19 January 2013
2 bulan lebih lagi haa!!
yup.. hasil perkiraan aku ada lebih kurang 2 bulan lagi nak habis praktikal.. weehoo.. aku dah bosan buat kerja amal tanpa bayaran yang setimpal.. rajin pon sebab risaukan logbook yang mungkin menjejaskan pointer aku.. datang awal pon sebab punch card kena hantar ke lecturer.. huhu.
penat tak penat lah nak kena dengar cakap orang memanjang.. kalau tak ikot karang dikatanya kurang ajar dan tak dengar cakap.. lagi2 nak melayan karenah orang2 tua.. diorang nih langsung takde istilah 'understanding' dalam kamus hidup memasing. tak cerita lagi diorang buat kerja cemana. hampehh..
lagi 2 bulan..
merdeka! merdeka! merdeka! haha.. cukuplah tiga kali.. aku pun dah naik menyampah nak layan macam2 perangai orang nih iaitu ppf n prp. ingat senang ker nak berpura pura baik depan orang yang kita meluat. hari2 pulak tuh.. bayangkanlah...
tapi adalah sebilangan dari diorang yang kena jumpa hari2 kasik reda sikit menyampah nih sebab diorang baik dan understanding. ada yang baru start kerja jadi penolong pharmacist tapi dah berlagak macam pharmacist. langsung tak berpijak di bumi nyata. sedar diri lah sikit kan.. pape jer lah..
lagi 2 bulan..
mungkin aku terbaring kat atas katil bangon pukul 12 tengahari untuk setiap hari.. pastuh kena marah dengan mama. hahaha.. tak mustahil langsong.. orang kata berhibernasi sekejap sebelum masuk ke alam lebih matang iaitu degree.. bajet..
mungkin jugak time tuh aku tengah dok main gym hari2 sampai dipanggil 'abang body'.. hahaha.. macam2 benda boleh berlaku lah bila dah duduk kembali kat rumah sendiri. mungkin sibuk mengupgrade diri sendiri dengan pelbagai ilmu di dada kan..
lagi 2 bulan..
umur aku still 20 tahun lagi.. haha.. muda remaja lagi.. bergetah orang kata... bahaha.. harap2 time tuh dah ada kereta sebab senang sikit nak berjalan serta kerja part time kat mana2. plan harituh macam nak kerja kat h&m kat setia city mall nun.. hehe.. in shaa Allah..
dah cukuplah tuh aku merepek. boleh jer nak panjang lagi sebenonye.. takpelah.. next time ada lagi masa.. haha..
assalamualaikum..
the last stand!!
weehoo.. malam tadi aku ngan seluruh isi rumah sewa kat ipoh nih bersukar ria tengok movie the last stand tuh.. modal aku nak tengok cerita nih sebab ada pelakon feveret sepanjang zaman aku iaitu arnold schwarzenegger yang femes dengan cite terminator tuh.
bukan hape. dah lama tak tengok dia beraksi kat wayang. dia kan macam legend dalam industri filem kat hollywood nun selain si bruce willis.. aku boleh kata cerita nih walaupon nampak macam simple tapi memang berbaloi duit ringgit malaysia yang aku dah laburkan. berbaloi baloi!
cerita nih punyer action sangatlah menerujakan jiwa raga aku. banyak scene yang memang tak tersangka dek akal dan sangat kreatif.. suka plot cerita dia yang tak berterabur.. lagi2 pulak cerita nih lebih kepada kelakar dan nampak natural.. banyak scene2 yang logik daripada kebiasaan movie dari hollywood.
lakonan pelakon feveret aku tuh memang mantop meletop.. suka bapak aku.. sentiasa cool macam biasa walaupon dah tua. yup.. nampak sangat muka dia dah tua dengan kedut2 kat leher ngan pipi. takdelah nampak fake macam si rambo dalam expendables tuh. sangat natural..
jujur aku cakap kat sini yang aku memang tak sangka langsung yang beliau still larat lagi nak buat aksi lincah time berlawan dengan ketua geng penjahat tuh. sangat awesome! dah tua2 pon still nampak dia punya karisma.. i like!! haha..
rating yang aku boleh bagi kat cerita nih ialah 8.9/10. banyak benda boleh buat aku kagum hasil arahan pengarah korea nih. scene kereta memang takyah cakaplah. sangat best melampau! pegilah tengok korang2.. tak menyesal punya..
assalamualaikum..
ps: pasnih mungkin giliran 'pacific rim' dan 'a good day to die hard' pulak.. muahahaha
burger bakor!
nih aku nak dok cerita berkenaan dengan burger bakor yang tak habis kawan2 aku tweet memanjang.. sampai aku tension and rimas last2 membawak kepada jeles. cehh.. tapi ada baik jugak dalam jeles2 tuh bila aku terbuka hati, selera n iman untuk mencari burger bakor area ipoh nih..
iyelah.. aku skarang dok bermastautin kat ipoh sebab praktikal kan.. mencari benda2 baru yang cambest nih memang menjadi kegemaran sejak dulu kala. hehe.. and carik2 punye carik (gaya macam payah jer. padahal dok depan search kat google.. haha) jumpe lah ada dua post atau cerita berkenaan burger bakor.
yang bestnya area burger bakor yang dipost tuh tak jaoh sangat lah dengan kat rumah sewa aku sekarang nih yang dekat ampang or ipoh jaya. satu dekat medan gopeng tapi sampai ke sudah aku dok carik tak ketemu. memanjang boleh buat modal mencarut.. huhu..
nih semua sebab dah bosan asyik2 makan mamak, mamak n mamak. dulu time study kat penang pon sama. sampai tido pon kat mamak. haha. mengong betol. and.. satu hari tuh aku dah set dalam kepala malam nih nak pergi carik burger bakor sampai jumpe. tak jumpe pon kena jumpe jugak. haha.
setelah burger bakor kat medan gopeng tuh aku tak jumpa kat mana aku pon terus ke destinasi yang lagi satu iaitu kat simpang pulai. hambik kau! jaoh nak mampuih jugak lah sebab naik motor. sakit otot2 bahagian bawah dan pinggang segala. nih semua sebab desperate sangat nak merasa sedap sangat ker burger bakor tuh?
jalan punye jalan jumpa lah dekat depan rumah kedai balai polis simpang pulai. mainpoint aku 'depan balai polis' jer setelah dok usha info dari blog orang lain. nasib baik bukak! haha.. relieved...
haaa.. nih gambar buger yang aku pegi makan harituh.. double lamb cheese burger set.. harga dia rm17.50 jugak lah.. bagi aku not bad sebab harga burger mcd set pon nak dekat2 tuh tapi leper jer.. memang tak boleh nak lawan lah burger nih.. mantap!! hehe..
![]() |
| double cheese burger set.. |
yang nih kawan aku punyer burger double (lamb + chicken) set.. rm 15.50.. aku punye lamb jer taknak campur2 sebab dah muak hari2 makan ayam so makan daging lah pulak kan kasik tukar selera.. hambik kau!! haha..
![]() |
| double burger (lamb + chicken) set.. |
actually part boleh campur daging dengan ayam tuh ikut suka selera memasing lah.. cakap jer kat awek amik order tuh. dia paham punyer.. tapi nak cerita lah kat sini yang part nak habiskan burger nih punyerlah payah nakharom.. nak termuntah pon hado..
nihlah 'man versus food' versi aku sendiri. macam nak mampus makan.. haha.. rasa2 kalau time tuh orang dok campak or lempang aku dengan steak termahal kat muka bumi pon tak tentu lagi aku nak jeling.. haha.. melampau hiperbola pulak heh.. anak cikgu bm biasalah.. kahkahkah..
buat korang2 yang tak merasa lagi pegi lah carik. jangan dok jeles tengok orang asyik cakap jer. cariklah pulak.. hehe.. mood: puas hati!
assalamualaikum..
Subscribe to:
Comments (Atom)







