17 April 2013

tak matured..

pagi harituh time aku tengah dok busy beratur nak pergi pos surat segala aku terserempak dengan seorang pakcik. aku ingat harituh macam hari2 yang biasa sebelumnya boring, dull dan takde seronok sangat tapi aku silap. dalam tengah dok termenung masa depan tuh that pakcik pandang ke aku...

*****
pakcik: *pandang aku 3 ke 4 kali
aku: *senyum seikhlas hati and pelik sekejap

then

pakcik: eh dik.. lama aku tengok kau dah nih. kau nih tak sekolah ker?
aku: *tergelak tapi cover
pakcik: kau nih sekarang tingkatan berapa? sekolah mana?
aku: ermm.. *senyum
pakcik: *still tunggu jawapan
aku: saya dah habis diploma dah pakcik. baru jer bulan lepas. *konfiden jer cakap macam perli
pakcik: haaa? ohhhh..
aku: sekarang saya tengah cuti. tunggu nak masuk degree. *senyum + gelak dalam hati
pakcik: *tak pandang aku dah. diam terus..

*****

hahahaha. this pakcik made my day surely. tak tahan gila bila dia tanya aku nih tingkatan berapa. haha. berguling2 aku nak gelak kat situ sebenarnya tapi tahan. but still rasa macam annoyed last2. muka aku nih tak matang langsung ke haa? ada sapa2 boleh jawab? haha. cehhh. aku tak rasa pakcik tuh sorang jer pikir macam tuh. ada kawan aku sorang pernah cakap muka aku nih langsung tak matured. aduhhh. sedih jugak sebenarnya. tapi takdelah baby face kan? normal jer aku tengok cermin. muka ada masa depan lah jugak. haha. poyoss overdose.

assalamualaikum.

Diploma farmasi dah habis!


Weehoo… aku tak dapat nak ungkapkan dengan kata2 segala perasaan dan feeling bagi orang yang dah habis diploma macam aku nih. Boleh berjoget rasanya. Macam2 benda berlaku dalam tiga tahun aku ambil diploma kat Penang nih. Start dari kat Permatang Pauh sampailah bertukar ke kampus kat Bertam dah berjuta-juta memori berjaya dilalui. Boleh lap peluh dah ceritanya sekarang hasil belajar dan menghafal macam nak gila subjek farmasi nokhorom tersebut.



Kemain belambak pulak tuh kenangan yang ada dengan bebudak secourse mate. Diorang semua amazing dalam cara yang tersendiri dan bangga aku salah seorang daripada diorang. Bermula dari aku takde blog sampailah ke post yang seratus lebih sikit nih yang mostly pasal diploma aku jer. Start dari first sem yang bermula dengan kelas BEL120 oleh Mr Fazrul yang aku setting kat budak2 tuh semua supaya panggil aku ‘Raen’. Cakap pasal tuh masa mula2 semuanya macam “haa? Rain? Okay?!” walaupun nampak macam semua masih tak boleh terima. Finally aku berjaya jugak menanam nama raen tuh dalam minda diorang semua. Sebenarnya saja nak guna nama nazrin tuh yang masa dulu aku menyampah gila kalau orang panggil sampai rasa nak lempang. Tapi kalau cikgu takdelah macam tuh. Well, cikgu kann. Thanks to fida lah, dia yang perkenalkan aku as Raen kat diorang semua bebudak kelas A.

Pasal bebudak kelas A pulak aku boleh cakap mula2 semua nampak baik or macam biasa2 jer tapi lama2 haa terkejut aku. Gila2 rupenyer diorang semua nih. Cakap pasal bebudak Sarawak tiga orang tuh dulu memang aku rasakan top 3 lawa lah kot. Bukan hape aku tak pernah tengok budak perempuan Sarawakian. Nak buat camane kan? Lama2 nampak biasa jer pulak. Entahlah.. Mula2 pon aku nampak si Ayu tuh memang sesuai macam nama dia sampailah dah nak abis sem 1 tuh. Habis terbongkar segala perangai dan tingkahlaku sebenar beliau. Huh! Macam jenis ganas2 jer rupenyer.

Walaupun aku hanya memerhati dari belakang kelas aku perasan lah yang those girls dalam kelas A tuh sebenarnya ada semangat assabiyah memasing means macam ada puak2 or geng2 sendiri. Lantak korang lah kan. Semua dah besar pon. Dan aku nak cakap sebelum aku masuk univeristi tuh memang berat aku naik sampai 15kg semuanya sebab overeating dalam masa cuti 6 bulan tuh. Memang gemok kemainnn sampai malu tengok cermin. Langsung tak control hape sebab takde pressure pun nak pakai smart2 depan budak perempuan or anything. Memang sem 1 aku betul2 tak peduli orang kata. Tapi lepastuh haa entah kenapa risau pulak pasal pemakaian segala. Dah matured sikit lah kot. kot..

Bukan nak cakap apa, ada bebudak yang aku dok usha jugak masa masuk2 universiti tuh. Penat jugaklah mengusha nih rupenyer. Banyaklah yang lawa2 dan sedap mata memandang. Tapi kalau nak cakap pasal sekarang banyak yang dah macam mak orang. Huh! Matang gila! Potong mood nak usha.. haha. Asal cepat sangat korang matang haa? Tunggulah degree nanti kot ye pon. Releks2lah dulu nak growing pon. Hehe. Aku tak cakap korang gemok mok mok atau tembam atau montel ker hape. Jangan salah faham. Cuma nampak sangat macam diploma nih berjaya mematangkan korang. Aku nih pulak still nampak macam budak2 lagi dengan muka sebegini. Tapi deep down dalam akal dan hati semuanya dah beransur menjadi lebih matured tanpa disedari. Kahkahkah.. poyo…



Banyak persahabatan yang terbina sejak dari sem 1 sampai ke sem 6. Kalau dulu aku memang rapat dengan si Dahiyah, Aziyana dan si Bob. Memang rapat kamcing segala lah kan. Tapi masa berubah dan semakin lama semakin kurang rapat sampai awkward nak tegur si choki2 (Azi) n si pelik2 (Dahiyah) tuh. Camna pon itulah lumrah hidup as manusia datang dan pergi dalam hidup kita dan yang penting kita enjoy. Btw, aku sukakan perubahan for those girls yang dulu free-hair tuh sampai dah bertudung skarang nih. Malah ada yang bertudung lagi labuh dari orang yang dah bertudung sebelumnya serta tutup dada segala. Bagi aku as lelaki, bahagian dada tuh memang patut ditutup. Itu memang compulsory dan sangat2 perlu. Bersyukurlah kan sebab Tuhan bagi hidayah supaya tutup aurat dan semoga korang beristiqamah sampai ke akhir hayat. Amiiin. Proud of you girls! :)



Mula dari sem 1 aku memang agak pelik dengan suasana yang rapat sangat dengan budak perempuan nih. Rasa rimas pun ada kadang2 sebab tak terbiasa. Lagi2 pulak bila jumlah coursemate perempuan tuh lagi ramai dari lelaki. Culture shock aku haa.. budak baik macam aku nih memang tak bergaul dengan perempuan sangat. Bajet menjaga batas pergaulan lah kekonon kann. Haha. Tapi aku nak cerita yang fida n the geng konsisten dalam mengacau aku. Ada sikit rasa happy jugak kena kacau2. haha. Rasa2 aku masa sem 1 still tembam2 montelness lagi. Tak taulah kenapa haa. Dah la si filza siap cakap “Raen, bibir kau seksi!”. Hahaha. Nak tergelak berguling2 aku masa tuh punyerlah terkejut. Gila! Nasiblah time tuh kat dalam bilik komputer atas bookshop uitm penang tuh. Haha.

Aku boleh cakap ramai girls kelas A nih yang start conversation mula2 dengan aku tapi aku layan nak tak nak jer. Memang sempoi diorang semua nih. Tapi mostly budak kelas A1 lah yang tegur iaitu kelas aku. Bukan hape. Aku tak biasa weh. Segan2 pon ada lagi dengan kaum hawa nih. Tapi tuh dulu dan skarang ada sedikit perubahan dalam pergaulan sehari2. Hehe. Kalau nak tawu budak prempuan first yang aku tegur tuh apalagi kalau bukan si Afiqah. Ada pulak orang salah faham aku minat kat dia sebab pernah Mr Fazrul tanya dalam kelas “ada sapa2 girl yang awak minat?” or camtu if tak silap dan aku jawab nama afiqah. Kecoh sekejap kelas masa tuh. Padahal aku cakap pasal crush aku dulu2. Hadoiii. Lagipun si Minah cousin aku tuh yang kenalkan siap kasi nombor lagi. Terkejut aku. Haha. Dunia nih gila kadang2.

Cakap pasal girls kelas A2 aku macam tak berapa tegur sangat sebab nampak macam high class kemain jer diorang semua. Ala2 gaya datin cerita drama spa Q tuh. Sebagai rakyat jelata aku memang tak berani nak tegur pesen girls datin2 nih sebab takut kena carass. Hahahaha. Padahal term caras tuh term baru 2012 if tak silap. Kemain aku nih bercakap tak cover macam takde insurans gayanya. Haha. Well blog aku weh. Kalau pasal bebudak lelaki pulak dengan budak kelas A memang aku rapat habis lah start dari mula. Takde pun drama2 sebabak dengan diorang semua. Chillax jer. Tapi dengan budak kelas lain tak berapa nak rapat sebab masing2 macam ada restrictions masing2 bila dalam kelas diorang. Macam kalau satu kelas tuh satu pesen jer bebudak dia semua. Sangat pelik sebenarnya. Sampai lah ke sem 3 dan 4 barulah ukhuwah sesame budak sebatch semua baru nak nampak. Kalau tak sebelum nih macam “aca-awkward!” jer dengan mereka2 nih. Haha. Alhamdulillah.



Lastly, ada jugak persahabatan yang macam baru nak start. Macam aku dengan si hannah, nogee n lain2 tuh haa. Dulu mana ada nak pandang or jeling2 apatah lagi nak sembang lebat. Tapi disebabkan kewujudan twitter dan fb memang aku tak nafikan banyak jugak bebudak lain yang boleh aku sembang sekali walaupun hanya kat alam maya. Tapi still ada jugak girls2 farmasi sendiri yang tak kenal aku padahal penat aku senyum sedekah amal jariah kat diorang. Haihh. “eh, itu sape tuh?” pastuh nasib baik ada budak sebelah tolong cakap “nazrin lah”. sejuk telinga aku mendengar. Hihi.. Cukuplah tuh kan. Bersyukur je lah dengan apa yang berlaku dalam hidup nih. Btw praktikal memang tak best. Aku tak minat sesaat pon sebab macam terpaksa nak ikut telunjuk orang semua tetiba. Dahlah masing2 dengan perangai bengong masing2 yang memang teruk. Aku tak boleh nak cerita apa pasal kegembiraan aku habis diploma nih semua. Sangat best!! Rasa macam kalau jerit sepanjang cuti 6 bulan nih pon macam tak cukup. Sebab macam2 dugaan ada berlaku secara tiba2 dan mengejutkan. Pharmacy student batch 2010 you all rocks!!! Apalagi harlem shake la woiii.. yang nak sangat join tuh jom. hahaha. Assalamualaikum..


9 April 2013

taksub..


untuk cuti sebelom masuk degree nih ada bermacam2 benda plan nak buat. tapi penyudahnya semua entah dah kemana. last2 dok rumah menghadap cerita astro yang dah berkali2 ulang. membazir masa muda remaja  sahaja. but then, dalam kebosanan yang sangat2 tuh keluar pulak kat wayang cerita 'The Host' yang adapted dari novel tulisan si Stephenie Meyer.

bukan pasal si Stephenie Meyer yang aku nak habaq kat sini. but pasal lead actress movie tuh yang namanya Saoirse Ronan. taksub betul aku kat dia sebab dia punya acting, style dan of courselah sebab dia cantik semacam. hehe. as the term cantik tuh subjektif dan dependant kat si empunya mata then tak payah aku nak cerita panjang lah. 

in love with her.. hihi


and atas sebab ketaksuban tersebut aku pun belilah buku 'the host' yang sekarang nih tengah dok kat no 1 carta "bestsellers". takdelah masuk2 mph jer terus nampak kat depan mata. huh! nasib baik still ada walaupun aku rembat buku yang letak kat tempat untuk dipamerkan jer tuh. Mission Accomplished! woohooo.. so, cuti nih dihabiskan dengan membaca novel tersebut lah jawabnya. hihi. Assalamualaikum.

p/s: the term "beli" macam tak berapa nak sesuai sebenarnya sebab aku pakai baucar buku or BB1M tuh. hehe. serius berbaloi dan menjimatkan. xoxo. hahaha. 

6 April 2013

jiwang..

just nak cakap semenjak bermulanya cuti selepas aku habis diploma segala nih entah kenapa aku layan pulak cerita jiwang2 karat nih. seriusly aku sendiri pon dah tak paham dengan diri sendiri. bukannya layan cerita jiwang drama kpop semua tuh tapi movie english yang rata2 pasal relationship. layan pulak kat astro jer pon. haihhh. dunia dah terbalik agaknya. maybe otak aku pikir ini masa sesuai untuk belajar ilmu2 or skil mencuri hati para gadis lah kot. haha. or maybe.. hmm. cannot be cannot be.. tapi awal lagi kalau dah nak start pikir kawin. awal lagi.. umur sekarang nih nak mengundi pon tak layak lagi. punyerlah muda remaja. hihi. assalamualaikum.

p/s: penangan dok rumah tanpa tujuan nih bahaya betoii. haru2..  

25 March 2013

penang presentation!

         first thing first, harituh memang hari yang dah lama aku nanti2kan sejak start semester terakhir sem 6 tuh. aku pon tak rasa aku sorang jer yang pikir macam tuh sebab bebudak pharmacy lain yang sebatch dah plan memacam nak buat setibanya kat sana. siap dah simpan duit kemain lama lagi so that kat penang tuh nanti semuanya berjalan lancar tanpa pape halangan dan masalah. prepared for the worst i guess.

and... sebelomnya tiba minggu nak ke penang tuh aku dah mintak cuti dua minggu lebih awal sebab taknak ada masalah last minute muncul. karang potong mood semua pulak kan. susah nanti.. orang hebat memang slalu pikir jauh ye idak. haha. sebelom pegi Penang tuh jugak ada lah pening kepala sikit time present nanti nak pakai baju ke hape. ye lah nak menjamu puluhan mata gadis2 dengan usaha yang terbaik lah ceritanya. kemainn perasan hot.



setelah bermacam plan dibuat ada jugak yang tak berjaya. so terpaksalah kembali ke plan asal pakai baju biasa2 jer lah akhirnya. hmm. tapi yang penting kena smart. sebab being smart is also an attitude. kan? tulah prinsip hidup aku yang dipegang sejak dulu. alasan bila dah tak berduit macam tuhla. belambak.. haha. and if ada sapa2 perasan lah actually baju yang aku pakai tuh adalah baju time MPG dulu2 tuh. so, cuma guna balik jer. hehe. jimat yer.. nampak cam baru kan? well.. pandai jaga biasalah..

pegi penang tuh pon naik kereta api ktm tuh haa. kemain lama aku habaq hang. panas punggung dok tunggu tak sampai2 destinasi dinanti. rasa macam feel balik raya pun ada sebab dah lama tak jejak kaki kan. dalam keretapi tuh aku n lain2 dok jalan pusing depan belakang kiri kanan koch keretapi yang ada. bahan nak bersembang pon bermacam macam sebab kemain punya seronok. cuti seminggu dari praktikal lah kan. takkanlah tak seronok langsung. berjoget lagi ada..

sesampai kat penang tuh apalagi teros balik kolej cari tempat nak baring. iyelah sebab penat bukan main. tak larat dah jalan2 ke hape. kaki nak tercabut serta longgar sebab jauh gila nak berjalan pegi carik bas. sakit2..
masa tuhlah perasan yang fitness level nih haa dok kat lagu mana. worst fitness level lah apalagi. sikit jer dah berpeloh. penat!

skip to the presentation part. pakai baju smart gaya orang nak pegi dinner jer aku. last2 kena cop kpop jugak. cehh. "smartlah tapi smart gaya kpop" said by one of kawan aku. haru weh.. haru.. tapi still ada orang puji kan. so kita bersyukur n cakap "terima kasih eh...". hahaha. aku memang suka kena puji. itu aku takkan sorok2 punya. n harituh jugak konfiden level aku kemain tinggi. semua awek nak tegur kalau kenal. kebanyakannya buat cool je lah macam biasa tapi ada jugak yang aku tegur 'hye'. kemain bajet hotstuff wannabe harituh. geli dengan diri sendiri. hahaha.

aku n si ayu..
memang nama dia ayu eh..

                   
my best friend. hannah. :)

time presentation pun sangat berbeza dari time dulu2. skarang nih kalau boleh nak pegang mikrofon tuh lelama pon takdehal. konfiden n seronok tuh ada. macam orang gila mic pon ada. tapi still kalau present dulu2 memang pegang mic macam pegang bom, cepat jer nak lepaskan. takut! thank god sekarang semakin berani n berkeyakinan. karisma pun berjaya dibina dengan baik. tak lupa jugak hairtuh 'eye contact' dengan audience sangat banyak sampai boleh lah nak jeling2 dengan si chairman iaitu Sir Fauzi kesayangan. senyum2 segala macam kawan. perghh. bangga dengan diri sendiri dan dengan segala konfiden diri yang dikurniakan Tuhan saat tuh. Alhamdulillah..

friendship that will last forever.. :)


lastly, sangat best sebenarnya feel duduk ramai2 dalam lecture hall tuh semua bersama bebudak2 secourse yang lain. mostly, ada ternampak sisi2 kematangan dalam diri masing2 setelah lebih kurang setahun tak jumpa. yup. semua membesar dengan hebat. kagum aku dengan korang semua. yang si lelaki dah nampak potensi diri memasing tuh dari sikap dan percakapan diorang. bila bercakap tuh banyak perkara2 yang 'dewasa' menjadi bahan. memang semua dah matang. cakap pasal masa depan, planning nak bekerja dan macam2 lagi. memang aku tak sangka dalam setahun jer diorang berubah.

yang si perempuan pulak sisi kematangan tuh dapat nampaklah dari saat tengok cara berjalan, bercakap n pakaian. bentuk badan pun ada yang dah berubah menjadi lebih kewanitaan lah kan. bukannya pasal stalker ke hape. tapi camtulah realiti. jangan salah faham pulak. iyelah kejap lagi dah nak masuk time or zaman perkahwinan so nampak lah jugak karakter nak jadi ibu or mama nanti kat perilaku memasing. kemain aku bercakap pasal serious matter. haha.

konklusinya aku nih memang rindu gila kat korang2 semua. masing2 dengan identiti n cara memasing. korang sangat best! wish aku nak makan burgerboy pun berjaya dicapai. lagi2 pulak makan dengan semua secara berjemaah. afdal lah kiranya tuh. macam ada sambutan or party je. tak lupa jugak aku nak cakap thanks kat bebudak yang sudi join harlem shake versi uitm bertam tuh. sporting habis korang..

nampak besar mana burger tuh?
makan 2 orang jer kot. gilo..


that's all. assalamualaikum..



2 March 2013

mabecs..


as my close friend Nana or Datin whatsoever ask me to write a post in english then i took that challenge seriously. ehehe. although maybe it seems that some of my words looks like directly translated, i must say i am still learning the language actually. huhu.

so. lets us all just forget about the introduction thingy and back to the main story. during those chinese new year holiday also, my friend and I went to the Mabecs that is situated at Petaling Jaya. quite near to the Kuala Lumpur actually. being the driver myself without the sense of direction of what road to take, my precious phone's gps come in handy. so, what is the purpose of bringing along my friend? haihh.

before we went to the PJ we had actually went for a swim at the Pusat Akuatik Shah Alam. its been ages since we all went there together. quite memorable actually as it is not easy for us to meet nowadays since most of my friends have been busy with their campus life, their girlfriend and forget about me. haha. a sad story for me isn't it? ;'(

back to the mabecs thing, that Nana had actually told me that it is situated just in front of the Hilton Hotel that is actually the destination that i set up in my gps. so. what happens next? we all have been lost at first circling the same road again and again but based on the direction been given and my instinct as a driver we all park across the road of the hotel building.

as i had thought that this sort of thing would happened, then a map of the place and its building name have all been saved in my phone. well. an awesome guy with a brilliant mind I guess I am. ahaha. nevermind, after searching for quite some times without giving up, there in front of us held a signboard written Mabecs on it. yeehaa! huh! felt relieved at last. arriving that place by using only our three brains combines surely take a lot of guts. mission accomplished!

after been consulted about the Ucas related things and the student life at the United Kingdom surely i feel more motivated to achieve my once a lifetime wish that is to watch Manchester United games at Old Trafford live! woohoo! i hope it is not just a dream anymore. amiiiin.. :)

assalamualaikum..

1 March 2013

cherating family day!


 yeay! masa cuti tahun baru cina yang sudah lepas tersebut aku dapat cuti seminggu weh. seminggu! haha. punyelah seronok sampai terloncat dalam bas. sampai orang sebelah buat muka tak mengerti. sibok jer haa.. part aku nak cerita nih ceritanya yang macam fairytale best jer flow dia. hampir2 nak ke happily ever after lah kisahnya. aku pegi family day nih pon sebab my family member semuanya pergi. kan ker pelik kalau aku tak pergi n dok jaga rumah macam pakguard tak berbayar. so. i made up my mind to join them lah. pegi mana? cherating of course! first thing yang sampai kat kepala aku bila pikir pasal cherating adalah pantai n lagi satu mesti terletak kat terengganu.



and.. aku tersilap sedikit kot. sebab cherating tuh dekat2 pahang nak ke terengganu jugaklah. still konfius nampaknya. haihh. bengong.. takpelah. ada 11 family termasuk family aku pi cherating nun. macam konvoi haa. dah lama tak rasa cenggitu. naik motor dengan member jalan2 ada lah. itu pun nak racing2 sampai tertinggal semua. darah muda biasalah.

disebabkan my father cepat sangat mengantuk then aku lah yang take over jadi main driver along the way. huh! jaoh bapak dia! nasib baik bukak lagu kuat2 kasik semangat sikit sebab semorang yang lain dah berdengkur kemain kuat kalau tak aku pun join hanyuuuut... haha. siap bergendang2 lah kan karaoke part mana yang patot n ingat. sad life...

sesampai jer check-in cherating first thing aku terjun kolam lah apalagi. kolam jer? laut apa cerita? nak dijadikan plot cerita time tuh air pasang. takot aku. karang naik bahaya. safety first kay engkorang semua. petang tuh apalagi pi mencarik santapan yang famous area2 situ lah. apalagi dah dekat terengganu tuh yang femes selain kepok lekor mereka. astaghfirullah. sedap kemainn. siap tambah 3 pinggan. tak cukup katanya. ish3. nafsu buaya memasing tak cover.. malu sikit kat owang tuh. haha. bukan selalu pon..



tak cerita lagi pi kedai Hj Aziz Satar ke camtuh nama dia sebab nak carik sata yang fresh n terbaik dari ladang seperti kata2 mereka yang berpengalaman. aku boleh cakap satar dia holiawww nak mampuih! sampai semua ketagih asal jumpa tepi jalan jer nak berhenti beli. nafsu syaitonnirajim dah tuh. tak menyabo semua.




back to the main story.. esoknya ada game macam sukaneka melibatkan semua family. haaa. masa tulah baru aku kenal sapa lah jiran2 aku selama nih. dah 10 tahun dok situ baru kenal sapa kawin ngan sapa dapat anak cemana, anak berapa n lawa ke tak anak diorang tuh. hahaha. yes! masa untuk menggunakan mata sebaiknya. muahahaha. ada awek yang nampak comel, lasak n ada jugak classmate time sekolah rendah aku kot.

dah lah dia dulu jadi ketua kebersihan kelas aku n aku jadi ketua kelas. fuhh. lawa kemainn dari dulu. masyaAllah. patotlah tumbuh jerawat macam kat ladang tomato. habis rosak muka yang dijaga dengan penuh kasih sayang dan manja nih. sekejap jer musnah. bahaya betul banyak berangan nih sebenarnya eh.
kalau nak berangan tuh bawak beringat sikit. jangan melebey2. hehe.

dalam sukaneka macam biasalah kalau bab bola beracun tuh aku pass with flying color orang putih cakap. tapi harituh ada lagi sorang pakcik nih muda lagi tak sangka dia boleh survive lama. menyampah! haha. tercabar zahir batin aku nih as anak lelaki yang hebat. dah lah diorang semua panggil aku 'mat korea'. aduhhh. malu aku weh. haha. johan sukaneka tuh last2 group aku menang. hebatnya rasa haa.


a proud son of my mother..
 tapi part yang sedihnya that once upon a time my classmate perempuan tuh tak join sukaneka. alooo. tak dapat tengok dia beraksi dengan detail sebab dia dok tepi perati aku jer pon. kahkahkah. perasan gila. realitinya tak mungkin seindah tuh. by the way, malamnya ada pertandingan karaoke. aku memang tak join lah walaupun mendapat permintaan dari ramai peminat yang taksub. haha. takde kerja aku.

bapak aku join pon sebab setiap family mesti ada sorang nyanyi. terpaksalah dia. kesian jugak at first tengok nak pilih lagu apa pon tak tawu. last2 dia pilih lagu lama 'ebiet g ade - berita seorang kawan'. hasil dari terpengaruh aku pun suka dengar lagu2 penyanyi tuh. mendayu2 kot. ayah aku nyanyi chillax jer tak peduli orang sekeliling. padahal aku dah siap bagi bunga masa dia nyanyi. khusyuk sangat. haha.

part paling punchline dalam hidup aku lah jadinya bila my family dengar johan pertandingan karaoke kategori lelaki jadi milik bapak aku! yup. bapak aku weh! terkejut siap terjerit2 aku. semua orang terbangun. standing ovation gayanya. ayah aku dah tepuk dahi sebab tak percaya. punyelah tak boleh blah. proud of my father malam tuh sangat2. tepuk tangan sampai merah macam strewberi. haha.

that's all. cherating is the best damn thing ever! :)

assalamualaikum..

Salty mouth..


dalam kata melayunya merujuk kepada mulut masin tuh haa. nih aku nak habaq mai kat hangpa semua pasal kejadian baru2 nih yang agak menyusahkan aku dan hausmate. kejadian apa? kejadian eksiden motorsikal kesayangan aku..

eksiden nih pulak nak jadi pon timing cantik2 jer sebelom match bola Man United yang aku dah seminggu punya plan nak tengok. punyalah aku sakit hati ceritanya. dahler time tuh on the way nak pi makan kat something macam restoran atau foodcourt yang dah lama aku bajet nak try. penyudahnya balik rumah tido sesaja sebab penat. haihhh

motor racing yang punya aku jaga sehabis daya dan usaha nih, okay aku tipu.. boleh pulak nak eksidennye haa. eksiden pulak dengan kereta viva. habis kemek pintu belakang kiri kereta kecik kenot tersebut. sedih aku tengok. motor aku pulak takyah cerita lah bengkok tayar depan dia cemana. ke dalam tayar aku. pastuh senget ke kiri pulak. yang paling bestnya nak pusing handle ke kanan langsung tak boleh. huuhu

'makgad' tayar depan terpaksa dipecahkan sebab tersangkut kat tayar tuh. termasuklah yang cover plastik dekat enjin. habis kena pecahkan sebab nak kasik motor boleh tolak. boleh menangis weh tengok motor yang dah macam sehati sejiwa dipecahkan satu satu. sakit hati dengar bunyik dia. syahdu n tangkap leleh aku dah malam tuh..

nasib baiklah brader bawak kereta tuh berhenti. kalau dia langgar lari aku tak tau apa nak jadi lah kan. bersyukurlah kat Tuhan yang satu. nasib baik kali kedua pulak bila lepas kena langgar dengan kereta tuh walaupun kitorang melambung di awang awangan buat sementara waktunya takde cedera yang parah n luka2 berdarah. calar balar pon tak hado. amazing! buat kali ketiga nasib baiknya brader tuh kasik duit repair motor aku semua sampai settle. siap suruh teman lagi dia keluar duit nak tunjuk dia serius.

part nak teman naik kereta brader tuh yang macam risau gila gila gila.. sebab first aku risau kene culik or kena pukul dengan brader tuh punya member ke hape kan. tapi asal naik jer kereta aku nampak brader tuh punya awek cun melecun dok kipas2 sebab dah lama dok dalam kereta tak ber air-cond.. kesiann.. lagi satu risau jugak dekat si hafis yang dok jaga motor aku sorang2 kat tepi jalan. manelah tawu ada orang nak rembat part lain motor tuh pastuh diorang bawak geng belasah beliau. kan ker naya camtuh. risau risau...

berpeluh2 aku menaip kat sini haa. still teringat feel dia cemana. ye lah kan eksiden kat tempat orang tanpa ada sapa2 yang kita kenal rapat. susahlah nak mintak bantuan mana2. nasib ada si ustaz kawan pakcik hafis menjadi saviour kitorang. huhu. dia lah yang tolong pecahkan segala benda kat depan motor tuh kasik tayar boleh pusing. agak scary lahh ceritanya bila tengok muka dia seronok semacam. seronok sangat pecahkan motor aku ker cemana? haishh. by the way hero memang cenggitu kot. ada jer idea bernas kat kepala diorang nak menyelamatkan suasana dan mangsa keadaan. haha. n malam tuh peranan si victim dipegang oleh aku ngan hafis lah jawabnya. letih..

so.. alkisahnya dah aku cerita tapi part mulut masin or mukadimah tuh saja aku nak kasik ending post kali nih. bajet ramai jer nak baca blog usang nih haa.. takpe. its okay.. yang aku nak ceritakan ialah 2 ke 3 hari sebelom tuh aku ada cakap something yang aku agak menyesal lah sebenarnya. hari tuh mulut yang berbibir seksi nih cakap "aku rasa nak tukar lah nombor plat depan motor aku tuh, buruk gila dah motor. tunggulah..." and that's how it all began. seriously seram nakharom aku dah. Tuhan bagi cash jer terus. pastuh pulak aku tak kena keluarkan duit satu sen pon. nikmat rezeki atau petunjuk dari Allah? hmmm... wallahualam.


Assalamualaikum.

29 January 2013

in 6 years ahead maybe? hihi..

amiiiiin.. :)

aku, upu dan masa depan..



  sebut pasal part nak kena isi upu dan segala bagai yang sama waktu denganya nih memang aku tak berapa nak berkenan. bukanlah sebab apa. cuma leceh dan annoying jugak sebenarnya. tapi kalau tak isi pulak camne nak masuk U buat degree kan.. tak ke bahaya kalau tak dilayan..

 bermula dari part nak kena beli no pin dari bsn tuh pun aku tak minat jugak. dah ler sampai terpaksa beli no pin sampai 3. yang first tuh of course lah si upu. yang kedua tuh pin penerapan uitm dan yang akhir sekali tuh untuk pin masuk usm pulak. antara ketiga2 tuh pin usm tuh paling nakharom punya mahal. haihhh

takpelah. demi masa depan yang lebih gemilang terbilang dan berbilang2 lagi aku redha. haha. dah selesai beli pin tuh pulak nak kena isi form online dia yang punya banyak pages sampai tak beringat.. menyampah lagi ada.. 2-3 pages tuh cukuplah. ini banyak sangat pun menyusahkan masyarakat sebenarnya.

part nak mengisi pilihan kursus nak diambil time degree tuh pun bukannya semudah alif ba ta. payah bebeno. kepala nih dok pikir jugak benda alah course apa yang sesuai dengan minat diri nih serta mempunyai market value di masa depan. ialah sebab nanti time dah habis belajar bila nak mintak kerja susah pulak sebab kerja tuh dah takde kekosongan ataupun kurang demand dalam sektor pekerjaan. parah camtuh weh.. dah lah penat belajar..



selain tuh pulak ada kawan ajak pulak sambung further study kat uk.. haaaa.. dah cemana tuh? bukan ulu klang ceritanya sekarang tapi united kingdom.. kos nak apply U kat uk tuh pulak banyak tak banyak juga lah. nama pon further study. mestilah kena berbelanja lebih sikit. pengorbanan demi masa depan lah kan..

bila dok pikir pasal UK tuh best bunyiknya. lagi2 bagi peminat epl fanatik tahap tak ingat macam aku nih. dapat bertandang ke old trafford tuh aku rasa macam wishlist untuk seumur hidup lah kan.. gempak bunyiknya.. tapi.. hmmm. part berjauhan dengan family tuh susah jugak. lagi2 aku nih yang sentiasa dok pikir pasal well being adik2 aku kat rumah tuh.

dah lah hampir kesemua adik aku masok asrama. tinggal sorang jer yang dok rumah. tuh pun sebab dia baru darjah empat. kalau dah form 1 aku konfirm asrama tuh memang tak lari ke mana. hebat tak hebat lah mak bapak aku. semua anak dia nak pegi hantar ke asrama supaya pandai sikit berdikari. duduk asrama nih secara tak langsung boleh mematangkan diri sendiri jugak.

aku taulah sebab aku pun ada pengalaman tinggal kat asrama. kat tengah kota KL lagi engkau. amazing habis ceritanya.. haha.. cuma part tak bestnya semua budak lelaki lah.. tak seamazing budak sekolah asrama campur2 kot. kot lahh.. huuhu

assalamualaikum.




girls of my dream?

girls kpop? haha.. no lahh.. 
     semua orang supposedly ada kriteria or ciri2 idaman yang diorang nak ada kat pasangan tak kisahlah nak dibuat pasangan sehidup semati or just pasangan sementara kat dunia nih. ceritanya skarang aku pun ada kriteria prempuan idaman. cewahhh.

     lama tak tulis pasal benda alah soal hati dan perasaan nih. malu pulak tetiba haa. haha.. so.. aku cerita satu jer lah antara ciri2 tersebut iaitu lasak or nampak kuat. as to why aku suka girls yang camnih sebenarnya senanglah nanti dalam kehidupan time kahwin nanti. haaaa. kahwin engkau.

     definisi lasak bagi aku tuh dalam kata lain tak terlalu feminin. nampak tough or nampak kuat lah sedikit. tapi takdelah sampai ada bicep tricep ngan segala six packs tuh. tuh dah macam lelaki pulak. seram lagi ada nanti.. lagipon aku pon takde segala benda alah tricep tuh. inferiority complex dengan wife sendiri nanti kan ker parah..

     intipati lasak tuh sendiri takdelah pulak aku nak dia sentiasa nampak okay jer memanjang. tak fair jugak. manusia nih kan hidupan yang ada perasaan sendiri dan mempunyai emosi memasing. tapi janganlah pulak asyik nak nangis jer kalau something bad berlaku dalam hidup. lemah longlai hati jantan aku karang sebab tak tahan tengok.. insan yang lemah dengan tangisan seorang perempuan lah katakan..

    dalam kata lainnya girls yang appear lasak but still ada sisi feminin dia tuh yang aku minat. i mean dia takdelah jiwang sangat sampai nak post fb pasal benda bunga2 jer kan. tapi more to macam suddenly dia boleh show dia punya caring side although macam cover2. kan sweet camtuh. contoh macam bila aku sakit kepala or demam dia boleh nasihat something or doakan aku cepat sihat in her own way lahh. camtuhla lebih kurang haa..

    ada ker girls camnih erk sebenarnya? macam girls dalam novel pulak.. susah nak jumpa tapi tak mustahil selagi berusaha cari dengan hati yang ikhlas. kann? haha. rasa macam dah jumpa. tapi semuanya terpulanglah  kepada takdir Allah.

assalamualaikum..


19 January 2013

2 bulan lebih lagi haa!!


     yup.. hasil perkiraan aku ada lebih kurang 2 bulan lagi nak habis praktikal.. weehoo.. aku dah bosan buat kerja amal tanpa bayaran yang setimpal.. rajin pon sebab risaukan logbook yang mungkin menjejaskan pointer aku.. datang awal pon sebab punch card kena hantar ke lecturer.. huhu.

penat tak penat lah nak kena dengar cakap orang memanjang.. kalau tak ikot karang dikatanya kurang ajar dan tak dengar cakap.. lagi2 nak melayan karenah orang2 tua.. diorang nih langsung takde istilah 'understanding' dalam kamus hidup memasing. tak cerita lagi diorang buat kerja cemana. hampehh..

lagi 2 bulan..

merdeka! merdeka! merdeka! haha.. cukuplah tiga kali.. aku pun dah naik menyampah nak layan macam2 perangai orang nih iaitu ppf n prp. ingat senang ker nak berpura pura baik depan orang yang kita meluat. hari2 pulak tuh.. bayangkanlah...

tapi adalah sebilangan dari diorang yang kena jumpa hari2 kasik reda sikit menyampah nih sebab diorang baik dan understanding. ada yang baru start kerja jadi penolong pharmacist tapi dah berlagak macam pharmacist. langsung tak berpijak di bumi nyata. sedar diri lah sikit kan.. pape jer lah..

lagi 2 bulan..

mungkin aku terbaring kat atas katil bangon pukul 12 tengahari untuk setiap hari.. pastuh kena marah dengan mama. hahaha.. tak mustahil langsong.. orang kata berhibernasi sekejap sebelum masuk ke alam lebih matang iaitu degree.. bajet..

mungkin jugak time tuh aku tengah dok main gym hari2 sampai dipanggil 'abang body'.. hahaha.. macam2 benda boleh berlaku lah bila dah duduk kembali kat rumah sendiri. mungkin sibuk mengupgrade diri sendiri dengan pelbagai ilmu di dada kan..

lagi 2 bulan..

umur aku still 20 tahun lagi.. haha.. muda remaja lagi.. bergetah orang kata... bahaha.. harap2 time tuh dah ada kereta sebab senang sikit nak berjalan serta kerja part time kat mana2. plan harituh macam nak kerja kat h&m kat setia city mall nun.. hehe.. in shaa Allah..

dah cukuplah tuh aku merepek. boleh jer nak panjang lagi sebenonye.. takpelah.. next time ada lagi masa.. haha..

assalamualaikum..


the last stand!!


    weehoo.. malam tadi aku ngan seluruh isi rumah sewa kat ipoh nih bersukar ria tengok movie the last stand tuh.. modal aku nak tengok cerita nih sebab ada pelakon feveret sepanjang zaman aku iaitu arnold schwarzenegger yang femes dengan cite terminator tuh.

bukan hape. dah lama tak tengok dia beraksi kat wayang. dia kan macam legend dalam industri filem kat hollywood nun selain si bruce willis.. aku boleh kata cerita nih walaupon nampak macam simple tapi memang berbaloi duit ringgit malaysia yang aku dah laburkan. berbaloi baloi!



cerita nih punyer action sangatlah menerujakan jiwa raga aku. banyak scene yang memang tak tersangka dek akal dan sangat kreatif.. suka plot cerita dia yang tak berterabur.. lagi2 pulak cerita nih lebih kepada kelakar dan nampak natural.. banyak scene2 yang logik daripada kebiasaan movie dari hollywood.

lakonan pelakon feveret aku tuh memang mantop meletop.. suka bapak aku.. sentiasa cool macam biasa walaupon dah tua. yup.. nampak sangat muka dia dah tua dengan kedut2 kat leher ngan pipi. takdelah nampak fake macam si rambo dalam expendables tuh. sangat natural..

jujur aku cakap kat sini yang aku memang tak sangka langsung yang beliau still larat lagi nak buat aksi lincah time berlawan dengan ketua geng penjahat tuh. sangat awesome! dah tua2 pon still nampak dia punya karisma.. i like!! haha..

rating yang aku boleh bagi kat cerita nih ialah 8.9/10. banyak benda boleh buat aku kagum hasil arahan pengarah korea nih. scene kereta memang takyah cakaplah. sangat best melampau! pegilah tengok korang2.. tak menyesal punya..

assalamualaikum..

ps: pasnih mungkin giliran 'pacific rim' dan 'a good day to die hard' pulak.. muahahaha


burger bakor!


       nih aku nak dok cerita berkenaan dengan burger bakor yang tak habis kawan2 aku tweet memanjang.. sampai aku tension and rimas last2 membawak kepada jeles. cehh.. tapi ada baik jugak dalam jeles2 tuh bila aku terbuka hati, selera n iman untuk mencari burger bakor area ipoh nih..

iyelah.. aku skarang dok bermastautin kat ipoh sebab praktikal kan.. mencari benda2 baru yang cambest nih memang menjadi kegemaran sejak dulu kala. hehe.. and carik2 punye carik (gaya macam payah jer. padahal dok depan search kat google.. haha) jumpe lah ada dua post atau cerita berkenaan burger bakor.

yang bestnya area burger bakor yang dipost tuh tak jaoh sangat lah dengan kat rumah sewa aku sekarang nih yang dekat ampang or ipoh jaya. satu dekat medan gopeng tapi sampai ke sudah aku dok carik tak ketemu. memanjang boleh buat modal mencarut.. huhu..



nih semua sebab dah bosan asyik2 makan mamak, mamak n mamak. dulu time study kat penang pon sama. sampai tido pon kat mamak. haha. mengong betol. and.. satu hari tuh aku dah set dalam kepala malam nih nak pergi carik burger bakor sampai jumpe. tak jumpe pon kena jumpe jugak. haha.

setelah burger bakor kat medan gopeng tuh aku tak jumpa kat mana aku pon terus ke destinasi yang lagi satu iaitu kat simpang pulai. hambik kau! jaoh nak mampuih jugak lah sebab naik motor. sakit otot2 bahagian bawah dan pinggang segala. nih semua sebab desperate sangat nak merasa sedap sangat ker burger bakor tuh?

jalan punye jalan jumpa lah dekat depan rumah kedai balai polis simpang pulai. mainpoint aku 'depan balai polis' jer setelah dok usha info dari blog orang lain. nasib baik bukak! haha.. relieved...

haaa.. nih gambar buger yang aku pegi makan harituh.. double lamb cheese burger set.. harga dia rm17.50 jugak lah.. bagi aku not bad sebab harga burger mcd set pon nak dekat2 tuh tapi leper jer.. memang tak boleh nak lawan lah burger nih.. mantap!! hehe..

double cheese burger set.. 

yang nih kawan aku punyer burger double (lamb + chicken) set.. rm 15.50.. aku punye lamb jer taknak campur2 sebab dah muak hari2 makan ayam so makan daging lah pulak kan kasik tukar selera.. hambik kau!! haha..

double burger (lamb + chicken) set..

actually part boleh campur daging dengan ayam tuh ikut suka selera memasing lah.. cakap jer kat awek amik order tuh. dia paham punyer.. tapi nak cerita lah kat sini yang part nak habiskan burger nih punyerlah payah nakharom.. nak termuntah pon hado..

nihlah 'man versus food' versi aku sendiri. macam nak mampus makan.. haha.. rasa2 kalau time tuh orang dok campak or lempang aku dengan steak termahal kat muka bumi pon tak tentu lagi aku nak jeling.. haha.. melampau hiperbola pulak heh.. anak cikgu bm biasalah.. kahkahkah..

buat korang2 yang tak merasa lagi pegi lah carik. jangan dok jeles tengok orang asyik cakap jer. cariklah pulak.. hehe.. mood: puas hati!

assalamualaikum..