haaa. selagi ada bahan boleh lah dok bercerita itu ini. and... memandangkan christmas nih da dekat. lebih kurang next week lah kan aku nak cerita yang finally dapat jugak balik ke kampong halaman. ewahh. gaya kampong habis jer kan.
![]() |
| cantik kan diorang buat? lagi2 part janggut tuh.. detail jer.. :) |
pendek cerita aku balik ke "kampong" kesayangan kat nun di Puncak Alam sana. jaoh tak jaoh jugak lah dari current location aku sekarang iaitu kat ipoh. punyerlah susah nak carik timing cuti panjang sikit. seriusly praktikal is not best. kering rohani dan fizikal aku dah nak bertahan kat sini.
dapat tengok muka mama, ayah dan adik2 kat rumah in shaa Allah dapat revive dan rechargekan balik motivasi aku yang serba low. siap lampu warning kaler merah boleh menyala kat jantung macam ultraman tuh lah aku habaq mai. haha
ceritanya lagi. asal dudok kat department baru mesti orang kat situ nak tau nama, umur dan asal usul kan. haa. bab asal usul tuh yang aku nak cerita kat sini. punyerlah susah nak explain yang aku nih asal dari Puncak Alam, Kuala Selangor. balik2 shah alam jer lah jadik tempat yang sebut. macam tak bangga pulak gayanya dah. hadoii.
apa yang aku nak cerita kat sini ialah perasaan sedih tuh sebab orang tak tau asal kau walaupon kau dah cuba explain sehabis baik semuanya. kalau boleh aku bagi kordinat longitud latitud semualah kasik detail habis. tapi macam melampau pulak kan. buat gelak lagi ada. last2 kalau shah alam pon tak tau modal "key-elll" lah yang menjadi penyelamat.
konfirm lepastuh tak tanya dah. sebab sebut jer kl mesti diorang pikir dok kat sebelah midvalley tuh. macamlah kl tak besar kan? well. tak tau nak cakap camna kasik orang camnih paham. mungkin tak pernah jejak kaki lagi kot kat kota metroplitan tuh. lain orang lain pengalamannya kan. so tak boleh lah nak salahkan diorang. orang tua2 pon. haha.
till then. assalam.
