12 December 2012

121212


          tarikh nih kalau tengok pon mesti straight terus terpikir cantik bebeno. n selalunya bila tarikh2 cantik nih orang semua mulelah sibuk nak buat itu ini. kawin la, tunang la, ajak bf/gf couple la, n segala benda keduniaan lah kan. bukannya aku nak cakap tak boleh. semuanya terpulanglah kepada hak individu.

tapi... bagi aku takde spesial tarikh nih dengan tarikh hari2 yang lain. sebab semuanya yang berlaku sama jer sehari-hari. bunyik macam dull gila pulak hidop aku nih haa. hadoii. yer lorh. bangun pagi pergi kerja (maksud aku praktikal) sampai ler pukul 5. malam online pastuh tido. esoknya benda yang sama berlalu.
bapak boriing.



still.. pada tanggal 12/12/12 nih aku masih keseorangan. haha. hidop dah la bosan. dah tuh sensorang pulak. haihh. cerita sedih memanjang. entahpape jer. soal jodoh nih ketentuan tuhan, so takpayah nak dok pikir. lagipon aku nih muda lagi. kerja pon belom. perjalanan masih nun jaoh di hadapan. hehe.

balik ke pangkal cerita. tadi tuh sesi iklan kejap. haha. hilang tujuan jer bila dok tulis tanpa idea mencurah2 nih. and.. hakikatnya idea tuh bila nak dok datang macam air tsunami mesti time tengah dalam "sesi bermuhasabah diri sendiri" dalam jamban. yup. JAMBAN. time tuh la jugak idea bernas lagi cerdik pandai nih nak terpapar di kotak minda. tak paham betol.



lastly, aku nak cakap ialah 12/12/12 jugak merupakan tarikh berturut yang terakhir akan muncul dalam hidup aku n mungkin kita yang ada skarang. sebab... tarikh berturut yang akan muncul pasnih ialah 01/01/01 iaitu pada tahun 2101. memang tak sempatlah nak hidup lagi time tuh. so, bersyukurlah..

till then.. assalam.

p/s: birthday adik bongsu aku 03/03/03. and dia merupakan kawan baik serta geng rapat aku. sayang sangat kat dia. semoga dia membesar dengan baik. hehe. :)