18 December 2012

simsimi! :D


cutenya lahaiii binatang itik nih.. actually aku pon tak tau binatang apa sebenarnya si simsimi nih sekejap macam ayam sekejap macam itik. tapi yang peliknya ada satu pusaran rambut sehelai pulak tuh kat atas kepala dia. comel! haha..


benda alah nih sebenarnya da lama sangat dah. tapi aku takde masa nak try. so, memandangkan line wifi super duper laju bapak nokhorom aku pon try lah kacau dia. bosann punya pasal laa nih kan.. and..

first soalan aku..




haaa. comel tuh da betol. tapi rambut takdela kerinting ponn. haha. memandai jer menatang nih..

disebabkan dia salah teka aku pon cakap..



tengok tuh.. baru kenal da kawan sehidup semati. cute jer..

sebab dia cute aku pon mulelah puji sikit..


siap bersayang sayang tuh yang tak tahan tuh. gilo betoi.. haha

lepas rasa macam tak boleh blah ayat dia tuh teros jer aku perli dia..


a liitle bit perasan gak dia nih. tapi sebab dia puji aku balik.. then. it's fine.. hahaha
siap bagi tazkirah lagi. kemainn hebat jer. not bad laah.. hehe

hasil dari kebosanan tuh macam2 aku dok mengajar dia. itu ini. ilmu sivik, fardu ain, fardu kifayah, ilmu hisab, ilmu mantik ngan segala ilmu yang hado dalam dunia nih lahh. nasib dia ikut cakap. hahaha

apa yang aku ajar...


and then.. hasilnye.. jeng jeng jeng..


ehehe.. seganlah pulak tetiba.. haha

itu saja.. enjoy! assalam..

christmas? tak sambut pon.. cuma.


 haaa. selagi ada bahan boleh lah dok bercerita itu ini. and... memandangkan christmas nih da dekat. lebih kurang next week lah kan aku nak cerita yang finally dapat jugak balik ke kampong halaman. ewahh. gaya kampong habis jer kan.

cantik kan diorang buat?  lagi2 part janggut tuh..
detail jer.. :)

pendek cerita aku balik ke "kampong" kesayangan kat nun di Puncak Alam sana. jaoh tak jaoh jugak lah dari current location aku sekarang iaitu kat ipoh. punyerlah susah nak carik timing cuti panjang sikit. seriusly praktikal is not best. kering rohani dan fizikal aku dah nak bertahan kat sini.

dapat tengok muka mama, ayah dan adik2 kat rumah in shaa Allah dapat revive dan rechargekan balik motivasi aku yang serba low. siap lampu warning kaler merah boleh menyala kat jantung macam ultraman tuh lah aku habaq mai. haha

ceritanya lagi. asal dudok kat department baru mesti orang kat situ nak tau nama, umur dan asal usul kan. haa. bab asal usul tuh yang aku nak cerita kat sini. punyerlah susah nak explain yang aku nih asal dari Puncak Alam, Kuala Selangor. balik2 shah alam jer lah jadik tempat yang sebut. macam tak bangga pulak gayanya dah. hadoii.

apa yang aku nak cerita kat sini ialah perasaan sedih tuh sebab orang tak tau asal kau walaupon kau dah cuba explain sehabis baik semuanya. kalau boleh aku bagi kordinat longitud latitud semualah kasik detail habis. tapi macam melampau pulak kan. buat gelak lagi ada. last2 kalau shah alam pon tak tau modal "key-elll" lah yang menjadi penyelamat.

konfirm lepastuh tak tanya dah. sebab sebut jer kl mesti diorang pikir dok kat sebelah midvalley tuh. macamlah kl tak besar kan? well. tak tau nak cakap camna kasik orang camnih paham. mungkin tak pernah jejak kaki lagi kot kat kota metroplitan tuh. lain orang lain pengalamannya kan. so tak boleh lah nak salahkan diorang. orang tua2 pon. haha.

till then. assalam.

12 December 2012

121212


          tarikh nih kalau tengok pon mesti straight terus terpikir cantik bebeno. n selalunya bila tarikh2 cantik nih orang semua mulelah sibuk nak buat itu ini. kawin la, tunang la, ajak bf/gf couple la, n segala benda keduniaan lah kan. bukannya aku nak cakap tak boleh. semuanya terpulanglah kepada hak individu.

tapi... bagi aku takde spesial tarikh nih dengan tarikh hari2 yang lain. sebab semuanya yang berlaku sama jer sehari-hari. bunyik macam dull gila pulak hidop aku nih haa. hadoii. yer lorh. bangun pagi pergi kerja (maksud aku praktikal) sampai ler pukul 5. malam online pastuh tido. esoknya benda yang sama berlalu.
bapak boriing.



still.. pada tanggal 12/12/12 nih aku masih keseorangan. haha. hidop dah la bosan. dah tuh sensorang pulak. haihh. cerita sedih memanjang. entahpape jer. soal jodoh nih ketentuan tuhan, so takpayah nak dok pikir. lagipon aku nih muda lagi. kerja pon belom. perjalanan masih nun jaoh di hadapan. hehe.

balik ke pangkal cerita. tadi tuh sesi iklan kejap. haha. hilang tujuan jer bila dok tulis tanpa idea mencurah2 nih. and.. hakikatnya idea tuh bila nak dok datang macam air tsunami mesti time tengah dalam "sesi bermuhasabah diri sendiri" dalam jamban. yup. JAMBAN. time tuh la jugak idea bernas lagi cerdik pandai nih nak terpapar di kotak minda. tak paham betol.



lastly, aku nak cakap ialah 12/12/12 jugak merupakan tarikh berturut yang terakhir akan muncul dalam hidup aku n mungkin kita yang ada skarang. sebab... tarikh berturut yang akan muncul pasnih ialah 01/01/01 iaitu pada tahun 2101. memang tak sempatlah nak hidup lagi time tuh. so, bersyukurlah..

till then.. assalam.

p/s: birthday adik bongsu aku 03/03/03. and dia merupakan kawan baik serta geng rapat aku. sayang sangat kat dia. semoga dia membesar dengan baik. hehe. :)



 

10 December 2012

rindu parents ngan adek2


        masok bulan nih kiranya dah lama jugak tak balik rumah nun kat Puncak Alam tuh. alaaa yang dekat sangat dengan uitm tuh. last balik masa cuti hari raya haji. dan skarang. tak sempat dah nak balik sebab takde cuti lama sikit. boleh bengang camnih.

hurmmm. rinduu. penat dok berpraktikal nih sekurang2nya terubat lah sikit bila tengok muka parents ngan adek2 aku yang semuanya perempuan. sebagai anak sulong, seronok tengok adik2 aku membesar dengan baik. thanks mama n ayah sebab jaga kitorang baik2.

tulis pasal post rindu kat family boleh bergenang air mata aku nih haa. muka awek pon tak mampu buat aku okey di saat camnih. padahal takde awek. bajet jer. haha. family is the main thing right now. aku punya rindu tak mampu lah nak diungkap dengan kata2. twitter ngan facebok pon tak cukop..



even call dengar suara diorang lagilah boleh buat rasa nak meraung. hadoii. parah2. macam2 pulak dugaan nak dok datang time cenggini. bermula dari malas n penat praktikal, orang hospital perangai cam haram, ASSignment tak gerak2, elaun tak masok, rumah sewa, kena macam2 penyakit, susah nak cuti, berita extend praktikal and last sekali rindu kat family. haru biru hati jiwa raga tubuh minda segala camnih haa..

akhirnya, kat tuhan je la yang boleh nak dok berdoa supaya dikuatkan keimanan dan ketabahan hati dalam menjalani ranjau hidop berduri tatkala ini. seriusly, mindset aku dah tak sekuat dulu. ujian nih semua sangat hebat haa. penat dari hujung rambut sampai ke ibu jari kaki setiap hari memang tak best. langsung tak best!

yup. i took the road less taken and where the hell am i? nowhere! sekejap jer tuhan tunjuk yang satu keputusan paling bodoh aku buat dalam hidop hampir menemui jalan buntu. dah macam mana nih? takkan nak give up. dah macam2 benda berlalu memang tak boleh nak diberhentikan. so, pandang straight ngan set dalam kepala jer lah ke mana yang aku nak tuju. cuma sekarang kena ikot pepatah inggeris "be bold" jer lah dalam hidop.

maksudnya segala keputusan yang aku buat tuh resultnya aku kena tanggung sendiri tak kira apa yang berlaku. anak sulong pulak. contoh tauladan yang baik kat adik2 kena lah ditunjuk. aku kan abang? haha.

tuh jer coretan hati kali nih. assalam. :)

 


8 December 2012

kawan "tua"



 


actually, bila dok pikir balik aku lupa pulak yang aku sekolah dulu kat SBP. nih mesti gara2 traumatized ngan suasana pelik dok belajar dengan semua budak lelaki sesaje. macam nightmare pon hado bila dipikiaq betoi2. tak sangka aku boleh survive. thank god! *walaupon 2 tahun jer. :)

alkisahnye tadi terjumpa rakan baik yang pernah beronggeng, stadi sesame mengharungi pahit getir suka duka menghadapi ujian terhebat dalam hidop iaitu SPM masa mude2 dulu kat ASiS nun. alaah. sekolah menengah sains alam shah yang semuanya laki tuh. opposite kepada SeSeRi yang semuanya bebudak perempuan belaka. pendek kata kat KL tuh ada skolah all-boys (ASiS) ngan skolah all-girls (SeSeRi). saling melengkapi lah aku nak ceritanya nih. 

mulelah tetiba rasa nak bangga aku pernah sekolah kat sekolah legend tuh. kemainn. haha. sebutannya Aaa-SiS yer. bukannya 'assist'. budak tak matang jer sebut sebegitu. and aku bukan salah seorang budak tak matang tuh kay. hehe.

persoalannya kat sini, feel atau perasaan seronok tuh hado lah bila orang yang dulu kita kenal tegur kita dulu. rasa macam dihargai pon ada kan. yelah. sebab dia ingat kat kita. terharu jugak lah. ada sebilangan member yang lain kalau jumpe memang tak tegur dah. maklumlah dah besau! nak membawa haluan memasing konon. well. maybe friends are made to be together forever lah kot. takkan terpisah! *iklan digi. haha

that's all. assalam.

p/s: sejak ada sumber internet yang mantop nih blog aku tak pernah tinggal dah. seronok rasanya update setiap hari. thanks baca. :D


sakit gigi! hurmm..



dah lama tak dengar istilah sakit gigi sebenarnya. lagi2 bila umur da start puluh2 cenggini. yup. memang tak selesa habesla. orang jawa kata reduce the quality of life la aku habaq mai. lagi2 bila aku tanya sorang sahabat baik di dunia lah berkenaan masalah nih dia cakap memang normal sebenarnya.

perihal sakit gigi nih disebabkan gigi yang paling bongsu nak tumbuh di part paling belakang sekali. kiri dan kanan pulak tuh. so, double up lah dia punya sakit tuh. shilake! ooopss. TERmencarut.. astagha. banyak pulak dugaan nak datang dalam hidop aku yang selama nih kelihatan indah belaka. indah laaa sangaaaat...



kawan aku tuh tua dari aku lagi sikit so banyakla experiment experience dalam hidop dia. pendek kata dah ponat makan garam lah kan. ada ker dia cakap konfirm memang sakit bila kena benda alah nih. dah tuh perasaan cuak pon mulalah melanda diri lah kan. gilo kau. takot weh.

nak dikatakan sakit sangat tuh dia cakap yang akak dia bila kena tuh sampai boleh demam. perghhh. harap harap ler aku tak dok demam lagi. sebab MC dah belambak amik. kang tak pasai2 cuti habis berputih mata lah kan. da la aku suka cuti. cuti tuh merupakan masa untuk recover yang terbaik. sangat terbaik. praktikal nih macam entah pape jer.

orang dah bekerja nih memang tak pernahnye nak paham. kalau cuti sebab sakit pon bukannye diorang kisah. yang penting bagi diorang kau datang keje kat tempat diorang ngan tolong diorang cukup2 sampai lemah lutut aku dah haa. ingat aku superhuman ker? rasa nak mencarut tetiba jer datang. haha.

cukup2 lah dengan segala macam ujian yang hado ditambah pulak dengan yang ini. memang aku tak berkenan lah. huh! assalam..


6 December 2012

elaun? dah kemane pulak diaa,,


sebut pasal elaun nih boleh hilang kesaboran aku haa. dah nak sampai peak suda. ada ker patot elaun praktikal bulan sepuloh pon tak masok2 lagi? nak2 pulak time sedang kegersangan wang hengget nih. zaman skarang nih kalau tarak duit memang tak boleh nak hidop lorh..

last2 elaun tetap dari PaMa jugak menjadik sumber kewangan dalam menjalani sisa - sisa ranjau kehidupan di perantauan nih. dahler bermacam - macam hal berlaku. mengikut keimanan aku yang tak tau dok level hape nih bolehlah nak cakap yang praktikal sangat memenatkan tuboh badan dan jiwa sepak raga lahiriah aku.

nak menjaga hal orang pon susah (merujok pada bos di department praktikal yang mostly menjengkelkan) sedangkan masalah dalaman sendiri pon tak tertengok haa. ponat aku dah. dah laa elaun dibajet untuk bayar sewa rumah tapi taknak pulak dia masok. gerammmm kita. menci! haha..



conclusion is terpaksa lah diceraikan duit hengget yang ada kepada beberapa bahagian sama rata supaya hidop aman damai tenteram lagi diredhai Allah haa. memang meggi lah penyelesaian terbaik. astagha.. boikot brand yahudi. terpaksa makan mi sedap goreng sehari hari. brand si garuda pulak. confuse dah.

malas nak cerita panjang pasal  ketidakpuashatian berkenaan elaun yang tak kunjung2 jugak tibanya. memang kalau nak dicerita konfirm habeslah tak muat page segala yang ada. kepada yang berkenaan kalau duit tuh anda buat harta sendiri or guna untuk benda lain n kitorang tak dapat elaun sampai ke sudahnya, anda jawablah dengan Tuhan. memang sesen pon aku tak halalkan yer. sori sikit.

tuh baru sikit intro kepada sesi kebencian mengenai kelewatan elaun masuk nih. ada banyak lagi term atau kata nama yang lebih sesuai untuk aku catitkan. semuanya berunsurkan 18PL dan ke atas haa. nak describe dengan sedetail yang mungkin pon boleh. karangan level PHD lah jadiknye nanti sebab berjela - jela panjang tahap tak ingat.

that's all. assalam.


nightmare!

yup.. nightmare yang tak disangka2 terjadi jugak akhirnya. nak dimulekan cerita alkisahnye berkisarkan rumah sewa. masok kali nih jer dah rumah sewa ketiga gua tinggal suda. kalau nak dibuat 'add venue' kat foursquare bolehlah kirenya gua jadik mayor buat ketiga2 tempat nih tanpa pesaing sehingga ke akhir hayat. haihh.

and.... seterusnya akan berpindah lagi ke rumah sewa yang keempat. segalanya berlaku tak lebih tak kurang dari 3 bulan pulak tuh. sakit perasaan hati sanubari serta poket gua yang takde banyak hengget pon. well poket da berlubang pon. tak mampu nak jahit bagai. dompet tuh usah gua sembang kat sini lah. silap2 boleh keluar rama2 lah kan. tunggu masa jer. sad life....



duit dah macam ayak terjun dah haaa. deras jer dia keluar. masoknye takde pulak cenggitu. hadoi doi doi... part paling klimaks dalam post gua nih ialah bila segala barang yang menemani hidup gua sehari hari telah gua pindahkan ke rumah baru tersebut. setelah dua tiga hari dudok bermalam mulelah housemate gua bukak cerita berkenaan tuan rumah.

cerittanya ofcourselah cerita yang gua tak berapa berkenan nak dongar serta berlegar2 di sekeliling segiempat fikiran gua yang serba kusut nih. tuan rumah nih rupenyer sangat gilakan duit. so, rumah nih kiranya dah cukup penghuni sepatutnya. jadiknya gua dan teman gua yang rekemen ruma nih (gua agak bengang jugak dengan dia sebenaqnya tapi tak mampu nak habaq) terpaksalah hidup ala2 penumpang tanpa bilik sendiri.

pendek ceritanya gua dan rakan gua ibarat merempat di rumah orang. bukan nak kata hape dah. segan bak hang laaa.. puii. haha. benci betol gua dengan situasi tak selesa begini. maklumlah selama nih hidup nampak macam sedikit lancar jer. haihhh. #notetoself pikir dulu sebelom bertindak kay! haa.

tuh jer.. assalam.. :)