19 September 2012

Another practical story: tdm


          Dept tdm nih atau dalam long formnye berbunyik therapeutic drug monitoring. Dept spesialised untuk uji sampel darah. Hmm. Pendek kata test darah sebab nak check patient tuh ambik ubat ikot apa yang si doctor cakap atau tak. Haaa. Tuh baru intro. Rasa2 cukup dah tuh.

          Back to the tdm tempat aku. Well. Pharmacist yang ada kat sini 3 orang jer. Nak cerita pasal big boss dept nih memangla haru. Dia serius jer memanjang. Indian pulak. Lagi 2 orang Chinese ngan melayu. Pharmacist yang malay tuh lagi lah. Langsung tak senyum. Memang cuak habis lah kalau mengadap muka dia. Dah la macam takde perasaan so acano nak bajet gurau2 ke hape. Pastuh pulak terlalu focus dengan kerja dia sampai tak pandang kiri kanan dah haa. Haiyoo. Tapi thank god lah yang cina tuh ok sesangat. Senyum sokmo pulak. Last2 jadi bff lah kan dalam dept tuh. Jadik geng nak bergurau or tanya hape2  lerr. Satu mesia betol tdm nih..

         Kesimpulannya, tempat tdm tuh sunyi pak dye lah. Macam kubur jer. Nak bergelak tawa pon cuak. Sebab nanti bigboss tuh menjeling tajam. Paling takpon dia menganjing tajam nokhorom punyer. Menusuk kalbu orang kata. Bukan apa. Risau markah logbook kurang kalau2 dia tak suka kan. Haihh. Masuk dalam bilik tdm tuh orang boleh berubah 361o punyer n start jadik hipokrit. Tuhler lumrah hidup kat situ.

        The best part is bila aku yang dah dok dua hari sorang2 jer trainee dalam bilik kecik kenot tuh ternanti2 akan kehadiran trainee lain. Sebab nak buat pakatan bersatu trainee lah kot. bukan pakatan rakyat eh. Uhuk3. nak buat geng gelak2, gurau2 serta buli sikit kat mana yang patot. Haha. Well. Senior dua hari. Biasalah..  bully in darah daging sudah.

       Haa. Nak tawu sape mangsa bertuah yang pertama? Haha. Dah tentu tak lain tak bukan si Atiqah. Yup. That kkm girl yang sama kat dalam post pasal tpn dulu tuh. Yeah! Me like it ahak2.. haha. Setakat nih she’s the only girl yang paling best cam harom nak kena kacau or buli or sama waktu dengannya. Sebab apa. Sebab sama yang macam dulu jugak sebab dia garang. And sekarang dia dah semakin pandai melawan. Yeah. Pandai dah dia sekarang. Dah besar panjang kot. eh japp. Tak panjang pon. pendek jer. Ahahaha. Oppsss. Soriii..

      Actually bukan buli pon, niat sebenaqnya nak bagi koje kat dia haa. Yelah. Si bigboss tuh manela boleh tengok adik2 praktikal kesayangan dok melepak termenong kalau takde sampel nak dibuat. Pendek kata nak bajet hero para gadis lah nih tolong dia kasik tak kena marah. Gentleman kan? What can I say? Tulah hakikatnya haa.. Tapi, tak boleh lah tunjuk sangat nak backup junior kat tempat tuh. Karang salah faham kan susah. Kan2? So, terpaksalah tunjuk macam buli sikit. Sikit jer. Tak banyak pon. Btw, dia attach kat situ pon dua hari jer. Tak rasa sangat kot. KOT. tak sempat pon nak buli sangat haa. Cehh. Nasib baik dia.

      And then, selepas tuh datang pulak another kkm girl. Kawan si tyqa (atiqah) or tyga tulah. Haaa. Mangsa baharu? Hmmm.. dia nih namenyer adawiyah tapi panggil wiyah jer. Well. Susah sikit nak buli. Sebab dia nih pesen ganas sikit n kuat mengorder orang. Kesudahannya, tak berapa lah nak kena. Bahaya pon bahaya jugak spesies camnih. Haiyoo. Aku yang dah lama kat situ pon terpaksa ikot jer rentak dia. Memang tak penyabor. Semua benda nak dibuat dengan pantas. Haru2.

      Bukan tuh jer, time kat situ walaupon dah lama attach still ada buat silap jugak. Harituh lah, si pharmacist malay tuh suruh aku buat dilution untuk satu sampel darah nih. And then, buatlah kan dengan tunjuk ajar dia sikit. Memang tak konfiden lagi time tuh, so main ambik jer lah dilution agent a tuh yang ada dua agent a ngan b sebenarnya. Lepas kluar je result, n then si pharmacist tuh tetiba cakap “eh, awak yang buat dilution kan? Nih dah silap guna dilution agent. Patotnya awak guna yang b tuh”.

      Selepas jer dia cakap, aku gelabah tahap tak boleh blah lah orang kata. Dah macamano nih? Last2 si pharmacist tuh call someone n then cakap “nasib baik result tuh boleh diterima”. Masa tuh rasa nak berjoget ala gangnam style kat situ jugak sebab happy. Thank god. Tapi, nak cerita sikit si pharmacist tuh tengok kot time tengah buat dilution tuh. And then dia tak tegur pon. Sampai dah kluar result baru dia nak bising. Siap buat sesi nasihat lagi depan bigboss tuh. Itu macam punye orang pon ade. Si bigboss macam bese lah buat jelingan maut dye sambil diselitkan dengan sesi menganjing. Nasib baik dah biasa. Huhh..

      Sepanjang tiga minggu kat situ macam2 si bigboss order. Nak markah tinggi terpaksa lah mengikut jer. Life like that time praktikal nih. So, we just go with the flow lah kan. Sebagai orang yang serba serbi dah tawu nak handle mesin sampel darah tuh, rasa macam dah boleh jadik tenaga pengajar haa. Konfiden tuh hado lah sikit. Tuh yang keje jadik kurang sebab kasik geng trainee baru (atiqah, weeyah n lagi 2 orang kkm jugak) test kemahiran memasing sendiri. Nak harapkan aku buat sendiri semua bukannya tawu sangat. Lagipon takdela hebat manapon. Aci kerek n bajet jer.

      Btw macam rugi buat trainee yang attach sekejap jer kat dept tdm. Kalau tak try sendiri dari awal memang tak sempat. Sharing is caring right? So, if ada ilmu lebih sikit bukan ker baik kalau kita share dengan orang lain n ajar serba serbi supaya dia pon tahu. Kan2? Pahala pon dapat. Actually, istilah senior junior tuh bukan ada apa2 makna pon. Saje2 nak memudahkan jalan cerita. Hehe.. that’s all. Although banyak lagi tak cerita, biarlah ia menjadi rahsia.. Ecehh. Haha.

     p/s: conclusion is people DO make mistakes. kan atiqah kan?? hahaha..  Dari kesilapan tuh jugak yang mengajar orang jadi somewhat better than they used to be before. So, make mistakes n learn from it. :D
    

antara menatang yang dgunakan
untuk test sampel..

mesin sampel darah.. hmm..
roche apentah.. tak ingat..

mesin centrifuge darah.. so that jadik 3 layer.. 

antara reagent atau drug yang hado..

8 September 2012

Nana’s (HAnnaH) Open House..


        Hmmm.. tahun nih raya not bad jugaklah kalau nak diconclusikan. Sebab apa? Sebab still merasa keseronokan dapat duit raya. Padahal umur dah 2 puluh suda.. tapi.. still tak kerja lagi.. harap2 lagi 2-3 tahun dapat duit raya lagi.. amiiiin.. haha..

         By the way, untuk raya tahun nih, si Hannah Lakman (coursemate kat Uitm Penang tuh) ada buat open house. Tapi nak cerita panjangnya, itu pon tau sebab membaca tweet orang lain. So, secara tak sengaja lah nih ceghitanya aku tau. Then, disebabkan rasa macam nak join open hOuse dia tuh, terpaksalah buat2 muka tembok tanya “Hannah, open house kau tuh aku ada dijemput tak?”. Haaa. Tak malu jer bunyiknyer.

         Tapi part yang paling best bila dia jawab “eh.. aku dah invite semua orang termasuk kau kat fb. Tak dapat ker?”.  Lepas dengar jer dia cakap macamtuh lagila segan haa. Ada ker patot tak cek dulu kat fb sebelom tanya. Blushing sehari sebab segan lah pastuh. Gilo.. dah sampai hari open house tuh, tetiba rasa 50 – 50 nak pergi. Sebab ingatkan jaoh rumahnye.

          Last2 pergi jugak sebab alang- alang dah pergi pastuh boleh merayap tengok movie n pape yang patot. Yup, datang pulak siap bawak 2 bestfriend lagi tuh. Gaya macam ada bodyguard kiri kanan jer. Yelah kan, segan n tak tahu jalan sangat.  Even guna gps pon kadang2 tak berapa nak konfiden. Haihhh. Nak buat camano lagi?

          Sampai2 jer.. ayat pertama yang keluar dari mulut “Laaaa.. aku ingatkan jaoh sangat”. Berjaya jugak sampai ke rumah nana nih. Dah2.. dari luar rumah tengok takde sape pon. Bila masuk dalam haaa. Bersepah-sepah anak dara. Kiri kanan atas bawah depan belakang. Kat mana-mana pon hado. Awkward bak hang kalau aku nak ceghita kat hangpa time tuh. Serabut kepala. Dengan rambut tak berapa nak kemas. Terpaksa bajet cool macam biasa. Haha. Kawan aku yang 2 orang tuh kata “owh, macam nih lah rasanya perasaan budak2 yang tak amik course engineering”. Hmmm.

          Okay. The open house was not bad at all. Itulah pendapat aku, di samping dah lama tak bersua muka dengan coursemate penang. Gaya bercakap tuh macam ramai jer coursemate datang. Padahal 3-4 orang jer tuh pon termasuk aku. Yang lain2 semua dok jaoh kot. kot.. Yang ada harituh si Mira, Fatin, Ayu ngan of course che’ tuan rumah Hannah. Hmm. Sikit2 pon dah havoc. Kalau lagi banyak, habis kitorang conquer pulak karang rumah nana tuh.

           Tapi, che’ tuan rumah tuh memanjang tak nampak mukanya. Maklumlah banyak tetamu nak dilayan selain kitorang yang nak dilayan macam baby jer gayanya. Nak itu, nak ini. Haiihh. Kesian kau hannah.. papepon, time part2 nak bergamba tuan rumah ada sesaja. Habis bergamba jer hilang teros. Haha. Nak cerita sedih, tahun nih takda duit raya dia kata. Sebab apa? “sebab bapak aku takde..”, si Hannah cakap. Haha. Takpela next year ada lagi. KOT... THE END

p/s: some of the pic at nana's house.. satu2nya laki tuh aku lah.. :)

dari rendah ke tinggi... hmm..


siap bawak ipad haaa.. ish3


kek che' nana yang buat..
not bad jugak..