Di kala mengenangkan situasi yang tidak menyenangkan bakal berlaku matanya dengan pantas melilau ke barisan paling belakang. Ada satulah! Jiwanya melonjak kegembiraan. Baris yang paling belakang dan hujung sekali menjadi sasaran. Kaki menyusun seribu langkah merapati kerusi tersebut. “Sebelah perempuan pulak..”. hatinya bertukar dilema. “seat nih kosong tak?” pertanyaan terkeluar dengan tergesa- gesa memandangkan keadaan masih belum dianggap selamat. “oh.. sori.. ada beg saya pulak.. ingatkan dah takde orang dah” soalan dijawab dengan nada bersalah. “thanks”. Dengan pantasnya kerusi tersebut bertukar milik. Huhhh.. Safe jugak aku sampai. Sebelah awek pulak. Perasaan yang tadinya lintang pukang beransur aman ditenangkan oleh situasi tersebut.
Segala input yang dicanang oleh pensyarah di hadapan tidak diambil kisah. Blackberry Bold di tangan dijadikan wadah mencoretkan isi hatinya. Tak sampai walaupun sejam, tetiba muncul perasaan nak ke toilet. Parah kalau camnih. Hati kecilnya berbicara. Tekanan yang dirasakan hilang timbul entah dari mana. Beg aku nih macam mana hah? Dikala suasana genting tersebut muncul idea yang langsung tak diterima akal waras menerjah kotak ingatannya. “Emmm.. sori kacau.. boleh tolong tengokkan tak beg saya kejap. Ade urusan sikit” “Thanks..” Kekuatan yang muncul disebabkan keterdesakan menjadikan dia tidak peduli apa – apa. Tanpa menunggu jawapan dan memandang muka penghuni di sebelahnya dia bergegas ke halatuju dicari. Selesai melaksanakan hajat, fikirannya berpatah balik ke situasi tadi. Nak cakap ape yer?
“Sorry tadi buat awak susah – susah. Thanks lagi sekali”, si pemuda memulakan perbualan. “no problem. lagipun… tadi saya tak sempat nak cakap terima kasih kat awak sebab tolong angkatkan buku saya”. “Tolong angkat buku?” Pemuda tersebut tercengang sambil cuba disembunyikan dengan senyuman yang kelihatan tak berapa nak ikhlas. Sepantas yang mungkin dia menoleh merenung ke arah sepasang mata gadis disebelahnya. What? Keciknya dunia. Mata tuh pada hakikatnya baru sahaja mencairkan gelodak jiwa lelakinya pada pertemuan pertama. “its really is a small world we live here”. Sama seperti apa yang difikirkannya baru sebentar tadi walaupon gaya percakapannya berlainan. “Yup”. Pernyataan tersebut dijawab antara sedar dan tidak, “so, dah selesai dah urusan awak?”. Amboi.. Tanya macam dah kenal setahun, jawabnya dalam hati, “dah, hehe” sambil tangannya menggaru kepala yang tak sesaat pun gatal.
“By the way, kita bakal jadi coursemate tapi still tak tahu nama masing – masing lagi kan? Hmmm.. Awak boleh panggil saya Ann atau Nana. Mana – mana pon boleh ikut keselesaan awak”. Fulamak. Mata yang cantik macam tuh memang sesuai dengan nama dia. Dia tergamam. “And nama awak?” “Apa dia? Saya?”. Lamunannya pada sang empunya mata tersebut terhenti. Kantoi!
“Errr… simple jer, panggil saya Raen”.
No comments:
Post a Comment