“Alamak! Dah pukul berapa nih?”. Jam yang berada di atas meja di sebelah katilnya cuba diambil dengan meraba. “Apa?!”. Jarum jam menandakan pukul 7.45 pagi setengah. “Alaahaai.. asal lah alarm telefon ni tak berbunyik pulak?!” Di saat itu pelbagai bahasa kurang enak ingin saja dia jeritkan. “Arghh”. Dushh. Pintu bilik mandi ditutup dengan hentakan kuat. Pintu yang tidak bersalah dijadikan saluran untuk melepaskan geram yang terpendam, Setelah lima minit. Pang!. “Manelah sempat nak mandi puas2 pagi yang indah buat hari special macam nih”. Baju yang telah disangkut pada hanger dicabut dengan tergesa-gesa. Seluar skinny jenama Sam yang kelihatan berserabut tuh dikemaskan sedikit. Oraite! Barulah stylo camnih. Anak muda tersebut membandingkan bayangannya pada cermin yang agak silau pantulannya. Adoii.. Contact lens tak pakai lagi. Sesaat cuma masa diambil walaupun baru setahun bertukar selera. Cunn lah..
******************
Mane pulak dewan besar universiti nih. Time gawat macam ni lah segale benda berterabur serta menyusahkan bakal berlaku. Anak muda tersebut mempercepatkan langkahnya mencari destinasi walaupun baru pertama kali menjejakkan kaki di bangunan akademik tersebut. Hari pertama dimulakan dengan perasaan dan suasana kelam – kabut. Arghh! Nafsu amarah dilepaskan entah pada siapa. Diri sendiri mungkin. Sedang sibuk berlari – lari. Dummpp! Aduh.. anak siapa lak yang aku langgar nih. Masalah baru pulak muncul tatkala itu. Buku yang jatuh bertaburan dihadapannya tidak diendahkan. Sepasang mata berbulu lebat dan lentik muncul di sudut pandangan retinanya. Cantiknya mata. Akal yang kelam kabut juga tidak dapat menafikan hakikat apabila melihat keindahan sepasang mata anugerah Tuhan tersebut. “Sorry!” tak sangka pulak ada orang muncul tiba – tiba kat corner nih”. Pemilik mata tersebut bersuara. “Its okay..”. Pemuda tersebut menjawab selembut mungkin sambil menghulurkan bantuan lalu hilang sesudahnya.
Hahhh.. muncul pun kau dewan kuliah oii. Krakk. Tombol dihadapannya cuba dipulas paling perlahan yang termampu olehnya. Hasrat hati enggan menimbulkan sebarang perhatian yang tidak diingini daripada penghuni – penghuni di dalamnya. Pintu dihadapannya dikuak perlahan sedikit demi sedikit setelah membaca sepotong ayat suci bagi menenangkan jiwa. Seusainya pemuda tersebut masuk kelihatan ruang di dalamnya sudah dipenuhi berbagai ragam manusia. Kelihatan seorang wanita berusia kira – kira 40 an sedang rancak memeriahkan suasana dengan pelbagai topik diselangi lawak bersahaja. Ada sahaja yang senyum dan ketawa dengan cerita yang dibualkannya. Sebagaimana suasana yang biasa dilihatnya, beberapa baris kerusi yang berada di hadapan dewan tidak dipenuhi sesiapa sama ada jantan atau betina.
Alahaii..