15 June 2012

prektikal ipoh..

    yup.. sesampai jer aku dengan ayah kesayangan kat ipoh first thing yang berlaku kat kitorang nak tau ape? kitorang SESAT! nih semua disebabkan jalan dia yang nak sehala jer memanjang. tuh pon naseb baek aku tak drive. kalau tak dah berangin siap boley berasap satu badan sebab tenshen. naseblah pun ayah aku dalam mood yang ceria. kalau tak dua2 berasap tebako kereta pulak karang. langsung tak praktikal pulak nanti. haishhh

    sekali lagi naseb baik sebab rumah aku nih dekat area belakang hospital ipoh jer. kalau tak seminggu pon tak konfirm lagi jumpa. bukan tuh jer, even selepas seminggu aku still sesat. entah kenapa lah dia susah2 buat jalan pelik macam nih. jalan2 kat sini sesat dan menyesatkan. silap2 aribulan boley ke thailand kalau tak pandai bawak kereta. hiperbola habes pulak.

   cakap pasal orang kat sini pulak semuanya high class. tak kesah kaum ape. semuanya gaya macam seimbang. seriusly aku rasa pelik gila bila datang sini arituh. rasa macam kat dunia lain pon ada sebab susah nak jumpa environment macam nih kat tempat lain. lagi satu, memandangkan kehighclassan warga di sini harga makanan pon mahal. last2 memang terkene la kat kitorang bebudak praktikal nih haa. kering kontang lah alamatnye dengan elaun bulanan yang tak seberapa.

    bila sampai da praktikal barulah nak menyesal "kenapalah tak ambik asasi dolu2?". last2 sekarang susah and mungkin membazir duit buat orang bese2 macam aku nih. huhu. tapi walau pape pun, aku harap segala experience nih dapat mematangkan aku dalam menjalani kehidupan yang mendatang. ecehhh. ayat kamus dewan keluar suda. dah2 tuh jer. malas nak bukak hikayat panjang2 kat sini. kbai. assalam.

   

No comments: