16 June 2012

future wife??

       antara ciri future wife yang aku nak ialah.... haaaa. tuh saje kasik headline gempak jer tuh. disebabkan pelbagai perkara yang dah pon berlaku dan sedang berlaku dalam hidup nih macam2 jugaklah ciri wife idaman aku. well.. taste manusia berbeza dan boleh berubah disebabkan pape pon sebab. macam pepatah omputih "people change". ewahhh.

       haaa.. kadang2 bila aku tengok drama atau pape muvie mesti kadang ada jugak terpikiaq kat dalam hati nurani lagi sesuci safi tuh nak wife macam tuh, nak wife macam nih, nak macam liyana fizi pun ada jugak kadang2. da tuh macam takde pendirian pulak kan. entah pape je lah si raen nih.. "rain rain go away!" lagu tema bila menjadi mangsa dikacau menjadi lagu background tetiba.

        dah2. balek ke pangkal jalan. ciri utama aku nak ialah dia nih jenis yang lasak or naughty2 sikit. pastuh nanti boleh gadoh dan berperang mulut. pastuh marah2 kemudian saling benci membenci. last2 jumpa something in common and then teros aku ajak dia kawin. tak toleh belakang da pastuh. hahaha. da macam novel pulak kan. kalau cakap pasal berangan aku memang hebat. eh. terlampau lampau hebat.

        bukan lasak jer. kalau boleh aku nak carik wife yang minat bola lah.. alang2 dah minat tuh boleh lepak mamak sekali tengok bola. pastuh gadoh pasal team pilihan memasing. well. kalau masing2 taknak mengalah lagilah. konfirm haru biru pulak. tapi takpe. malam jumaat nanti berbaik lah balik kan.. sunnah nabi pon.. bhahahaha..

         karang melarat ke fasa nama anak pulak kan ke susah.. lagipon lama lagi nak pikir pasal benda benda alah nih semua.. kan ker baik study kasik habis dulu and then lepas kerja baru pikir benda nih semua.. ewahhhh. seriusly aku tipu. banyak kali jugak terdetik.. tapi apakan daya belum sampai masa. haha. cukup la tuh sampai sini. baca ke tak ikot sukahati korang. aku nak blah. okeyh wassalam.

15 June 2012

prektikal ipoh..

    yup.. sesampai jer aku dengan ayah kesayangan kat ipoh first thing yang berlaku kat kitorang nak tau ape? kitorang SESAT! nih semua disebabkan jalan dia yang nak sehala jer memanjang. tuh pon naseb baek aku tak drive. kalau tak dah berangin siap boley berasap satu badan sebab tenshen. naseblah pun ayah aku dalam mood yang ceria. kalau tak dua2 berasap tebako kereta pulak karang. langsung tak praktikal pulak nanti. haishhh

    sekali lagi naseb baik sebab rumah aku nih dekat area belakang hospital ipoh jer. kalau tak seminggu pon tak konfirm lagi jumpa. bukan tuh jer, even selepas seminggu aku still sesat. entah kenapa lah dia susah2 buat jalan pelik macam nih. jalan2 kat sini sesat dan menyesatkan. silap2 aribulan boley ke thailand kalau tak pandai bawak kereta. hiperbola habes pulak.

   cakap pasal orang kat sini pulak semuanya high class. tak kesah kaum ape. semuanya gaya macam seimbang. seriusly aku rasa pelik gila bila datang sini arituh. rasa macam kat dunia lain pon ada sebab susah nak jumpa environment macam nih kat tempat lain. lagi satu, memandangkan kehighclassan warga di sini harga makanan pon mahal. last2 memang terkene la kat kitorang bebudak praktikal nih haa. kering kontang lah alamatnye dengan elaun bulanan yang tak seberapa.

    bila sampai da praktikal barulah nak menyesal "kenapalah tak ambik asasi dolu2?". last2 sekarang susah and mungkin membazir duit buat orang bese2 macam aku nih. huhu. tapi walau pape pun, aku harap segala experience nih dapat mematangkan aku dalam menjalani kehidupan yang mendatang. ecehhh. ayat kamus dewan keluar suda. dah2 tuh jer. malas nak bukak hikayat panjang2 kat sini. kbai. assalam.