| datang dengan senyuman "darlie".. |
family day yang diadakan kat Tanjung Bungah tuh aku nak comment boleh tahan ler jugak. not too bad lah orang jawa kata. pelbagai "persediaan" nak pergi family day tuh dibuat. gaya macam nak pergi jaoh sangat jer kan. bukan hape. tapi bak kate rakan2 "nak usha junior2". haaa. dah kantoi suda. okay tipu kalau nak kate aku tak bersetuju dengan statement tersebut. ade lah jugak TERniat. usha junior tak dosa kan? kan??
| "yang melompat kat belakang tuh aku tak kenal" |
"Untonglewww", buat yang se-group dengan junior hot2. "nak yang hot jer kaw kan?". normal hape. kata lelaki. kan? masalahnyer demi menselesakan keadaan ketika family day tersebut, mereka2 ada yang merancang nak beli sunblock. iye sunblock. "ingat lelaki2 tak pakai sunblock ker?". ingatkan dapat cover lah kan pakai sunblock. tapi tak... semua yang terlibat kantoi dengan kaum hawa. kenapa? sebab.. muke masing2 semua putih melepak macam tepung gomak dalam cerite P. Ramlee tuh. cakap macam aku tak terlibat pulak kan. dah ler susah nak mencari sunblock murah. semuanyer rm20++. ingat aku anak dato' ke hape. tapiii.. tekad serta sifat istiqamah yang ade dalam diri memungkinkan aku dan seorang rakan terjumpe sunblock bawah rm10. "semangat giler kaw pakai sunblock!". ahhh, sebok pulak.
jom cerita pasal family day pulak. kang mengarut sampai2 dah ker US tak tentu pasal pulok. sembang pasal event2 kat family day tuh, sumpah aku nak rematch. REMATCH! semua aku nak rematch.. terutamenyer tarik tali. tak puas hati tempat tak best. hahah. macam budak2 pulak. kalah buat cara kalah kan. adehh. tapi.. event kat situ boley tahan ler. bernas jugak idea budak2 part2 nih. naek dragon boat kot moment paling bernilai dan digemari. sebab ape? sebab beshh! bestlaa sangat kan. tangan pon dah sampai cram
| veteran pegang bola pingpong pakai sudu. "yelah tuh". |
| kak long memang suke tangkap gamba blakang badan eh? hahah.. |
| atas dragon boat yang takde dragon dengan ahli2 group. S.O.B! |
| "dapat gak aku bergamba dengan dayung!" |
dah malas nak bercakap panjang, "kita datang memang nak enjoy jer pown". nihler alasan terbaek yang dapat aku konklusikan memandangkan rezeki yang tak berapa nak ada. kitorang pon dah cuba sehabis baek kan. tak boley buat hape lah. banyak jugak moment2 laen yang best. memandangkan dah lame tak dudok dalam satu group dan berjuang sesame. zaman sekola asrama dulu ade lah. tapi dah masuk universiti, payahler nak join event cenggitu. asyek2 baca lecture note menjadi hiburan dan peneman. macam study sangat jer aku. ish3. suda2. hadiah pon dah dapat. memandangkan kitorang group no 1 dan menjadikan S.O.B (shortness of breath) sebagai kitorang punyer cheers, kitorang malas nak pegang no 1 lame2 (jadik group johan). so, kitorang pon dapatler no 7 dari 8 group keseluruhan. hadiah semua sama kowt. no problem lah. small the pieces orang jawa timur kata. dahler, tuh jer aku nak cakap. good day. assalamualaikum.
p/s: kalau takde family day silap2 memang tak tegor kaw lah sem 4 ney. "diam bukan bermaksud pendiam or pemalu, tapi takde bahan ceghite". okay. sekian.
No comments:
Post a Comment