Weehoo… aku tak dapat nak ungkapkan dengan kata2 segala
perasaan dan feeling bagi orang yang dah habis diploma macam aku nih. Boleh
berjoget rasanya. Macam2 benda berlaku dalam tiga tahun aku ambil diploma kat
Penang nih. Start dari kat Permatang Pauh sampailah bertukar ke kampus kat
Bertam dah berjuta-juta memori berjaya dilalui. Boleh lap peluh dah ceritanya
sekarang hasil belajar dan menghafal macam nak gila subjek farmasi nokhorom
tersebut.
Kemain belambak pulak tuh kenangan yang ada dengan bebudak secourse mate. Diorang semua amazing dalam cara yang tersendiri dan bangga aku salah seorang daripada diorang. Bermula dari aku takde blog
sampailah ke post yang seratus lebih sikit nih yang mostly pasal diploma aku
jer. Start dari first sem yang bermula dengan kelas BEL120 oleh Mr Fazrul yang
aku setting kat budak2 tuh semua supaya panggil aku ‘Raen’. Cakap pasal tuh masa mula2 semuanya macam “haa? Rain?
Okay?!” walaupun nampak macam semua masih tak boleh terima. Finally aku berjaya
jugak menanam nama raen tuh dalam minda diorang semua. Sebenarnya saja nak guna
nama nazrin tuh yang masa dulu aku menyampah gila kalau orang panggil
sampai rasa nak lempang. Tapi kalau cikgu takdelah macam tuh. Well, cikgu kann.
Thanks to fida lah, dia yang perkenalkan aku as Raen kat diorang semua bebudak
kelas A.
Pasal bebudak kelas A pulak aku boleh cakap mula2 semua
nampak baik or macam biasa2 jer tapi lama2 haa terkejut aku. Gila2 rupenyer
diorang semua nih. Cakap pasal bebudak Sarawak tiga orang tuh dulu memang aku
rasakan top 3 lawa lah kot. Bukan hape aku tak pernah tengok budak perempuan
Sarawakian. Nak buat camane kan? Lama2 nampak biasa jer pulak. Entahlah.. Mula2
pon aku nampak si Ayu tuh memang sesuai macam nama dia sampailah dah nak abis
sem 1 tuh. Habis terbongkar segala perangai dan tingkahlaku sebenar beliau.
Huh! Macam jenis ganas2 jer rupenyer.
Walaupun aku hanya memerhati dari belakang kelas aku perasan
lah yang those girls dalam kelas A tuh sebenarnya ada semangat assabiyah
memasing means macam ada puak2 or geng2 sendiri. Lantak korang lah kan. Semua
dah besar pon. Dan aku nak cakap sebelum aku masuk univeristi tuh memang berat
aku naik sampai 15kg semuanya sebab overeating dalam masa cuti 6 bulan tuh. Memang gemok
kemainnn sampai malu tengok cermin. Langsung tak control hape sebab takde
pressure pun nak pakai smart2 depan budak perempuan or anything. Memang sem 1
aku betul2 tak peduli orang kata. Tapi lepastuh haa entah kenapa risau pulak
pasal pemakaian segala. Dah matured sikit lah kot. kot..
Bukan nak cakap apa, ada bebudak yang aku dok usha jugak
masa masuk2 universiti tuh. Penat jugaklah mengusha nih rupenyer. Banyaklah
yang lawa2 dan sedap mata memandang. Tapi kalau nak cakap pasal sekarang banyak
yang dah macam mak orang. Huh! Matang gila! Potong mood nak usha.. haha. Asal
cepat sangat korang matang haa? Tunggulah degree nanti kot ye pon. Releks2lah
dulu nak growing pon. Hehe. Aku tak cakap korang gemok mok mok atau tembam atau
montel ker hape. Jangan salah faham. Cuma nampak sangat macam diploma nih
berjaya mematangkan korang. Aku nih pulak still nampak macam budak2 lagi dengan
muka sebegini. Tapi deep down dalam akal dan hati semuanya dah beransur menjadi
lebih matured tanpa disedari. Kahkahkah.. poyo…
Banyak persahabatan yang terbina sejak dari sem 1 sampai ke
sem 6. Kalau dulu aku memang rapat dengan si Dahiyah, Aziyana dan si Bob.
Memang rapat kamcing segala lah kan. Tapi masa berubah dan semakin lama semakin
kurang rapat sampai awkward nak tegur si choki2 (Azi) n si pelik2 (Dahiyah)
tuh. Camna pon itulah lumrah hidup as manusia datang dan pergi dalam hidup kita
dan yang penting kita enjoy. Btw, aku sukakan perubahan for those girls yang
dulu free-hair tuh sampai dah bertudung skarang nih. Malah ada yang bertudung
lagi labuh dari orang yang dah bertudung sebelumnya serta tutup dada segala.
Bagi aku as lelaki, bahagian dada tuh memang patut ditutup. Itu memang
compulsory dan sangat2 perlu. Bersyukurlah kan sebab Tuhan bagi hidayah supaya
tutup aurat dan semoga korang beristiqamah sampai ke akhir hayat. Amiiin. Proud
of you girls! :)
Mula dari sem 1 aku memang agak pelik dengan suasana yang
rapat sangat dengan budak perempuan nih. Rasa rimas pun ada kadang2 sebab tak
terbiasa. Lagi2 pulak bila jumlah coursemate perempuan tuh lagi ramai dari
lelaki. Culture shock aku haa.. budak baik macam aku nih memang tak bergaul
dengan perempuan sangat. Bajet menjaga batas pergaulan lah kekonon kann. Haha.
Tapi aku nak cerita yang fida n the geng konsisten dalam mengacau aku. Ada
sikit rasa happy jugak kena kacau2. haha. Rasa2 aku masa sem 1 still tembam2
montelness lagi. Tak taulah kenapa haa. Dah la si filza siap cakap “Raen, bibir
kau seksi!”. Hahaha. Nak tergelak berguling2 aku masa tuh punyerlah terkejut.
Gila! Nasiblah time tuh kat dalam bilik komputer atas bookshop uitm penang tuh.
Haha.
Aku boleh cakap ramai girls kelas A nih yang start
conversation mula2 dengan aku tapi aku layan nak tak nak jer. Memang sempoi diorang
semua nih. Tapi mostly budak kelas A1 lah yang tegur iaitu kelas aku. Bukan
hape. Aku tak biasa weh. Segan2 pon ada lagi dengan kaum hawa nih. Tapi tuh
dulu dan skarang ada sedikit perubahan dalam pergaulan sehari2. Hehe. Kalau nak
tawu budak prempuan first yang aku tegur tuh apalagi kalau bukan si Afiqah. Ada
pulak orang salah faham aku minat kat dia sebab pernah Mr Fazrul tanya dalam
kelas “ada sapa2 girl yang awak minat?” or camtu if tak silap dan aku jawab nama
afiqah. Kecoh sekejap kelas masa tuh. Padahal aku cakap pasal crush aku dulu2.
Hadoiii. Lagipun si Minah cousin aku tuh yang kenalkan siap kasi nombor lagi.
Terkejut aku. Haha. Dunia nih gila kadang2.
Cakap pasal girls kelas A2 aku macam tak berapa tegur sangat
sebab nampak macam high class kemain jer diorang semua. Ala2 gaya datin cerita drama
spa Q tuh. Sebagai rakyat jelata aku memang tak berani nak tegur pesen girls
datin2 nih sebab takut kena carass. Hahahaha. Padahal term caras tuh term baru
2012 if tak silap. Kemain aku nih bercakap tak cover macam takde insurans
gayanya. Haha. Well blog aku weh. Kalau pasal bebudak lelaki pulak dengan budak
kelas A memang aku rapat habis lah start dari mula. Takde pun drama2 sebabak
dengan diorang semua. Chillax jer. Tapi dengan budak kelas lain tak berapa nak
rapat sebab masing2 macam ada restrictions masing2 bila dalam kelas diorang.
Macam kalau satu kelas tuh satu pesen jer bebudak dia semua. Sangat pelik
sebenarnya. Sampai lah ke sem 3 dan 4 barulah ukhuwah sesame budak sebatch
semua baru nak nampak. Kalau tak sebelum nih macam “aca-awkward!” jer dengan
mereka2 nih. Haha. Alhamdulillah.
Lastly, ada jugak persahabatan yang macam baru nak start.
Macam aku dengan si hannah, nogee n lain2 tuh haa. Dulu mana ada nak pandang or jeling2 apatah
lagi nak sembang lebat. Tapi disebabkan kewujudan twitter dan fb memang aku tak
nafikan banyak jugak bebudak lain yang boleh aku sembang sekali walaupun hanya
kat alam maya. Tapi still ada jugak girls2 farmasi sendiri yang tak kenal aku
padahal penat aku senyum sedekah amal jariah kat diorang. Haihh. “eh, itu sape
tuh?” pastuh nasib baik ada budak sebelah tolong cakap “nazrin lah”. sejuk
telinga aku mendengar. Hihi.. Cukuplah tuh kan. Bersyukur je lah dengan apa
yang berlaku dalam hidup nih. Btw praktikal memang tak best. Aku tak minat sesaat
pon sebab macam terpaksa nak ikut telunjuk orang semua tetiba. Dahlah masing2
dengan perangai bengong masing2 yang memang teruk. Aku tak boleh nak cerita apa
pasal kegembiraan aku habis diploma nih semua. Sangat best!! Rasa macam kalau
jerit sepanjang cuti 6 bulan nih pon macam tak cukup. Sebab macam2 dugaan ada
berlaku secara tiba2 dan mengejutkan. Pharmacy student batch 2010 you all
rocks!!! Apalagi harlem shake la woiii.. yang nak sangat join tuh jom. hahaha.
Assalamualaikum..
