bagi pendapat aku, kadang2 cakap direct ney perlu. TAPI.. cakap direct tuh bile ade keperluan jer lah. tak payah kojenyer nak menyindir kan. lebih2 lagi dengan kengkawan. bukan ape, cakap secara direct face to face pon kene ade limit jugak. takdela sampai nampak sangat nak menang jer keje. asal bukak topik, ko nak menang, bukak topik ney ko nak menang, bukak topik tuh ko nak menang. berpada2 lah kan.
kene pikir gak perasaan orang lain, sebab kadang2 kite tak tau yang ade ayat kite boley buat membe terase. betol tak? kalau dah jelas2 member tuh da tak selesa dengan sikap JUJOR yang terlebih2 tuh, cubelah kurangkan. kite ney hidop kena ade kawan2 jugak kan? kalau kawan semua dah terase dengan perangai kite yang asyik nak menang jer tuh payah gak.
lagi satu, bukan sikap nak menang jer aku nak cerita kat sini. tapi ada lagi satu iaitu sikap yang tak berapa nak elok untuk dibuat depan kawan2 iaitu suka sangat cari silap kawan. tak kira lah kawan salah cakap sikit, kawan buat lawak tak jadi kan, takpayahla nak dok buat "baek" lak keje asyik nak tegor dengan cara tak berhemah. TAK PERLU!
macamlah ada manusia kat muka bumi nih yang tak buat salah dan silap perfect gitu. sikap awak tuh amatlah tak bekenan di hati saya nih haa. kesian kat membe saye tuh haa, yang silap dye tak besar mana tapi awak tegor macam ntahpape jer. cube la understanding sikit yer.
dah la susa nak mengajak awak lepak bersame tapi perangai awak pulak "best". nak2 lagi dye jugak yang kasik tumpang kereta. sebagai kawan dye, saye merase tak perlu awak nak menang sangat. tak tau la awak bosan ke arituh tetibe dan nak carik gadoh sesame rakan. kalau tak nak gelak time membe buat lawak tuh, tolong diam, sebab kalau nak menyindir pon tak payah nak "ganas" sangat.
cakap direct camnih lah yang tak diperlukan kalau sesame member. sebab. bende camnih boley buat gadoh la awak. saye doakan awak lepas nih takpayah nak cakap direct SESANGAT. terserlah sangat lah yang awak nak menang. jangan pentingkan diri sebab karang kawan da malas nak ngajak hangout sesame payah. selagi rakan2 maseh ingat tuh, cubela ubah budaya kurang sehat tuh sebab saye tau awak tuh bijak dan pintar orangnyer. sekian. assalam..